MASALAH KONFLIK DI ANTARA IBU BAPA MURID DENGAN GURU SEKOLAH
Kebelakangan ini, kes masalah konflik sering berlaku di
antara ibu bapa murid dengan guru sekolah.
Tindakan bapa seorang murid tahun empat memukul seorang
guru lelaki kerana didakwa menampar anak lelakinya itu dalam satu insiden di
sebuah sekolah rendah.
Insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku sekiranya bapa
murid terbabit terlebih dahulu merujuk perkara berkenaan kepada pihak sekolah
untuk mendapat maklumat lebih tepat secara berkesantunan.
Seorang guru lelaki tidak menyangka
tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila
ditumbuk dua kali di muka selain disepak.Guru berusia 43 tahun itu juga
diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa
menampar anaknya.
Punca isu berlakunya masalah konflik di antara ibu bapa murid dengan guru
sekolah ialah kekurangan kesantunan dalam urusan yang melibatkan kedua-dua
pihak.
Kebanyakan ibu bapa hari ini terlalu emosional. Selain itu, ibu bapa lebih banyak menyokong tindakan luar kawalan anak
mereka dengan menganggap anak mereka berperwatakan baik di sekolah dan bukan
sebaliknya.
Tambahan pula, guru-guru tidak lagi dihormati. Ibu-bapa
pada zaman dahulu lebih menitik beratkan perasaan hormat dan memandang tinggi
profession guru sebagai pendidik anak-anak mereka.
Ibu bapa tidak dapat menangani masalah rumah tangga dengan baik kerana ibu bapa tiada prihatin. Mereka juga tidak
dapat persefahaman di pihak ibu bapa dan guru. Ibu bapa hilang kenyakinan
terhadap guru jadi melemparkn pelbagi tuduhan di luar norma kesantunan
masyarakat Malaysia.
Perkara ini boleh berlaku di kawasan sekolah atau pun di tempat awam atau pun
di rumah murid.Sekiranya, kenyakinanan ibu bapa
terhadap guru sudah hilang, mereka akan menceritakan keburukan guru dan
seterusnya mencemarkan nama baik pendidik disekolah.
Dewasa ini pembabitan ibu bapa dalam menyokong pendidikan
anak agak mengecewakan kerana hanya mengharapkan bantuan sekolah dan guru bagi
merencanakan kecemerlangan pelajar.
Sebahagian besar ibu bapa bersikap lepas tangan dan menggunakan alasan sibuk setiap kali ada aktiviti membabitkan pendidikan anak mereka di sekolah.
Sebahagian besar ibu bapa bersikap lepas tangan dan menggunakan alasan sibuk setiap kali ada aktiviti membabitkan pendidikan anak mereka di sekolah.
Bagaimanapun, mereka marah dan melenting jika anak tidak
mendapat keputusan cemerlang atau terbabit dalam masalah sosial.
Akibatnya, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain, malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menerima tempias.
Apakah hubungan tidak harmoni ini menggambarkan kepincangan perhubungan antara masyarakat luar dengan institusi pendidikan serta PIBG?
Sikap ibu bapa sentiasa lepas tangan dalam mengelolakan pendidikan anak menyebabkan wujud konflik. Tidak dinafikan bahawa, memang sekolah sebagai institusi untuk semua, tetapi ia turut memerlukan sokongan pihak lain termasuk ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan pendidikan. Sikap ini akan merosak dan membantutkan usaha merencanakan kecemerlangan murid pada masa depan. Ia juga tidak adil kerana hanya satu pihak bertungkus-lumus merealisasikan misi kecemerlangan sedangkan yang lain bersenang lenang dan gemar ‘mengarah’ .Perbalahan tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menyebabkan keadaan lebih kusut.
Ada ibu bapa langsung tidak memberi sokongan apabila diadakan perjumpaan, tetapi menuding jari jika timbul masalah.
Apabila tiada hubungan baik, pelajar menjadi mangsa manakala guru sukar berkomunikasi atau berkongsi pendapat mengenai pencapaian anak. .

Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu menjemput ibu bapa ke sekolah dan
tengok serta mendengar keadaan yang sebenar berlaku di sekolah di mana
anak-anak mereka menuntut ilmu, membina sahsiah yang baik dan bermnain bola
sebagai langkah merapatkan silaturahim di antara ibu bapa dengan guru.
Rancangan SARANA ibu bapa merupakan suatu jalan yang baik di mana ibu bapa akan
dijemput mengikut kesantunan untuk menghadiri upacara temasya sukan sekolah,
hari kecemerlangan, hari mesyuarat PIBG, hari penyampaian keputusan peperiksaan
dan sebagainya.
Apakala berlaku pertembungan guru dengan murid, apa yang
berlaku sebenarnya ialah pertembungan di antara ciri-ciri nilai yang berbeza
antara golongan guru dengan golongan ibu bapa yang terjelma dalam perlakuan
anak yang berupa murid.
Golongan guru tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas
pengawalan murid berbanding dengan golongan ibu bapa ke atas anak mereka. Guru
pula dibendung oleh peraturan tertentu dalam melaksanakan tugasnya manakala ibu
bapa tidak tertakluk kepada apa-apa peraturan formal dalam tanggungjawab mereka
terhadap anak melainkan rasa tanggungjawab sosial dan budaya.
Tidak ada guru yang ingin menghukum anak muridnya tanpa
ada asas-asas yang kukuh.
Sebenarnya semua pihak yang terlibat untuk mendidik anak murid janganlah emosional malah mesti waras dan rasional seperti yang di nyatakan dalam kesantunan masyarakat kita oleh Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara demi kepentingan masa depan anak murid.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
menyemai kesedaran tentang
pentingnya kehidupan bersantun. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Sebenarnya kerjasama di antara ibu bapa dan guru melalaui cara kesantunan akan mengukuhkanlagi tujuan pendidikan yang akan memastikan kemajuan dan perkembangan serta menjaga kebajikan murid terjaga dengan baik dan membantu dalam meningkatkan komunikasi dan kemesraan antara sekolah dan masyarakat. Di samping itu,semua pihak dapat membantu mewujudkan suasana kondusif di sekolah serta murid.
No comments:
Post a Comment