Ulas petikan di atas dengan mengaitkan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Isu
media massa merupakan satu punca yang mengakibatkan penggunaan bahasa kasar
dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana mereka terpengaruh oleh
filem-filem, drama, dan lagu yang tidak menggunakan bahasa yang santun dan
sesuai. Selain itu, bahasa kasar tersebut lagi diikuti oleh remaja. Masyarakat
sentiasa menyalahkan pengaruh rakan sebaya semasa ditegur berkaitan masalah
remaja. Sebenarnya, masyarakat tidak sdar bahawa masalahnya ialah mereka mahu diri
mereka dipengaruh ataupun tidak. Bagi faktor kawan, orang yang tiada penegasan
sendiri memang mudah dipengaruhi. Oleh itu, mereka akan mengikuti apa yang
kawan mereka atau kebanyakkan orang buat. Tambahan pula, banyak remaja yang
menggunakan bahasa rojak, persingkatan perkataan dalam sms, bahasa lucah dan
lain-lain dalam komunikasi mereka dalm alam maya sosial dan percakapan biasa.
Hal ini berlaku kerana mereka mempunyai tahap pendidikan atau pengetahuan yang
cetek dalam bahasa berkomunikasi dan hanya berdasarkan bahasa harian mereka
iaitu bahasa kasar.
No comments:
Post a Comment