1.1 Pengertian
Budi
·
Berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi
*bermaksud bijak, pekerti baik dan
mulia.
·
Merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan
memberikan kebaikan kepada orang lain.
·
Menurut Kamus Dewan
(2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak,
tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan,
bicara dan daya upaya yang baik.
·
Bermaksud kebaikan atau kebijaksanaan yang dilakukan oleh
seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.
·
Budi lahir fikiran yang baik yang akan menzahirkan
perbuatan atau daya upaya yang terpuji
·
Adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang
berakhlak dan beriman.
Imam Al-Ghazali
(2002)
Budi pekerti
berasaskan kepada pertimbangan akal, hanya nafsu dan marah. Keseimbangan
ketiga-ketiga aspek ini sangat penting untuk mencernakan budi yang baik kepada
seseorang individu. Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik, seterusnya
akan menjelmakan tabiat, akhlak atau watak yang terpuji
Mustafa Haji Duad
(1995)
Menjelaskan perkataan
budi apabila ditambah dengan awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya
menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab
sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi,
matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting
banyak menabur jasa dan bakti. Penjelasan ini merangkumi aspek pertuturan,
tingkah laku, dan pemikiran yang berakhlak mulia dan terpuji. Penjelmaan budi
akan terpancar dalam cara hidup yang sentiasa ingin berbuat baik, berbakti dan
berjasa kepada diri sendiri, ibu bapa, kawan-kawan, masyarakat dan Negara.
Dengan kata lain, orang yang berbudi berpegang kepada prinsip hidup di dunia
biar berjasa dan tidak menyusahkan orang lain dan apabila mati akan
meninggalkan nama yang baik.
Bagi masyarakat
Melayu
·
Perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa
dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
·
Satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan
yang menyenangkan hati orang lain.
·
Satu elemen wajib bagi setiap individu untuk menjadi
insan yang sempurna pada mata masyarakat.
·
Tidak mengharapkan balasan.
·
budi atau sumbangan dari segi tenaga atau material,
mestilah dberikan dengan iklhas jika ingin diberkati Allah SWT.
·
Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk
membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan
kesyukuran.
·
Merupakan tingkah laku
individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan
mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.
·
Budi yang baik melambangkan sikap manusia yang terpuji
dengan perbuatan yang berakhlak serta
memberikankan kebaikan kepada individu yang lain.
·
Budi yang baik melahirkan bicara yang santun dan halus
yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.
·
Budiman akan dipandang mulia dan disukai oleh masyarakat.
·
Pandangan mulia terhadap individu yang budiman menyebabkan
masyarakat Melayu amat mulia terhadap individu yang budiman menyebabkan
masyarakat Melayu amat mementingkan pendidikan akhlak terhadap anak-anak
mereka.
·
Budi akan terpancar melalui akhlak yang mulia.
1.2 Pengertian
Bahasa
Kamus
Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambing bunyi suara yan
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun. Setiap bangsa
mempunyai sistem lambing bunyi suara yang tersendiridan berbeza dengan
bangsa-bangsa lain. Sistem lambing bunyi ini diterima, dipersetujui dan diguna
pakai oleh kelompok masyarakat itu. Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti
bangsa itu sendiri dan terus akan diperturunkan daripada satu generasi kepada
generasi seterusnya.
1.
Bersistem dan Sistematik
Bahasa
mempunyai peraturan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi. Pada
umumnya, bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem
makna.
2.
Arbitari
Bahasa
yang wujud dalam sesuatu masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat
mengatur pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa
itu. Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalam
kelompok masyarakat itu saja.
3.
Vokal
Bunyi-bunyi
yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan (vokal).
4.
Simbol
Bunyi
yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau
lambang bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-simbol itu akan dapat
dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secara bertulis dan mempunyai makna yang
disepakati bersama.
5.
Alat komunikasi
Manusia
menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka.
6.
Dinamis
Sesuatu
bahasa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran
zaman.
1.3
Pengertian Budi Bahasa
Budi bahasa
merangkumi:
·
Pekerti
·
Akhlak
·
Watak dan kelakuan yang baik
·
Sopan
·
Pemurah
·
Nilai-nilai murni lain
Budi bahasa
lazimnya merujuk kepada
·
Tutur kata
·
Kelakuan
·
Sopan santun
·
Tatatertib
·
Akal
·
Kebijaksanaan
·
Perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak
yang mulia.
Nilai-nilai murni
yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu,
kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh
agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan.
Tutorial 1
1. Buat
perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut permahaman anda sendiri setelah
mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
Budi bahasa
merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan
kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik
terhadap orang lain.
2.Jelaskan
pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan orang
India.
Orang Melayu
Orang Melayu
menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa.
Mereka menganggap
budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi.
Tautannya menjadi
pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik
seseorang.
Orang yang
dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa.
Orang Cina dan
India
Dalam masyarakat
Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain.
Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama,
bangsa dan adat serta kepercayaan. Selain itu, budi juga merupakan perbuatan
baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
Dalam masyarakat
Cina dan India, bahasa bermaksud alat komunikasi yang digunakan dalam kehidupan
seharian kita untuk menulis, membaca, bertutur dan sebagainya supaya orang lain
memahami apa yang ingin kita sampaikan. Contohnya, kaum India menggunakan
Bahasa Tamil manakala kaum Cina menggunakan Bahasa Cina.
Dalam masyarakat
Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu
dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti
pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
3.Ulas pantun di
bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
Tegak rumah
kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa
ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Pantun ini
mengulaskan bahawa budi merupakan asas bagi setiap bangsa dan jika budi runtuh,
sesuatu bangsa itu juga akan runtuh. Pantun ini sebenarnya menerangkan kepentingan
budi terhadap kita.amalan berbudi dapat melahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan
masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur
selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada era tersebut dapat
Berjaya membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti apabila
tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho
walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang seperti kontemporari.
Walau bagaimanapun, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap
dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati
bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam
zaman jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut
adalah sangat rendah.
1.4 Ciri-Ciri
Budi Bahasa
·
Memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui
·
Tutur kata yang halus,
·
Tingkah laku yang santun,
·
Pemikiran yang luhur,
·
Perasaan yang tenang,
·
Gerak laku yang tertib,
·
Hati yang mulia,
·
Sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain
·
Tidak mementingkan diri-sendiri
1.5 Budi
Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
1.
Budi Bahasa Masyarakat Melayu
Nilai-nilai
budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu antaranya ialah:
a) Bercakap
dengan lembut dan halus semasa bercakap,
b) Menundukkan
badan apabila berjalan di hadapan orang tua,
c) Memberi
salam apabila bertemu,
d) Berjabat
tangan apabila bertemu dan berpisah,
e) Berpakaian
menutup aurat,
f) Tidak
membuat bising semasa waktu sembahyang,
g) Makan
menggunakan tangan kanan,
h) Tangan
kiri dianggap sebagai tangan kurang bersih kerana digunakan untuk membersihkan
bahagian kotor badan,
i) Tidak
bercakap semasa makan,
j) Sentiasa
meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan,
k) Bersabar,
l) Jujur,
m) Tidak
merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan ibu bapa, guru dan orang tua.
n) Anak dara
duduk bersimpuh
o) Tidak
menyampuk semasa orang tua bercakap
p)
Mendahulukan orang tua dalam segala urusan.
PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT
CINA DAN INDIA
Dalam masyarakat
Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain.
Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama,
bangsa dan adat serta kepercayaan.
Selain itu, budi
juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan
kerelaan.
Dalam masyarakat
Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu
dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan
dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
2.
Budi Bahasa Masyarakat Cina
Nilai-nilai
budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Cina antaranya ialah:
a.
Makan menggunakan penyepit (chopstik),
b.
Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan,
c.
Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan,
d.
Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu
bapa,
e.
Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan,
f.
Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada
kanak-kanak
g.
Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
h.
Hormat-menghormati,
i.
Menundukkan badan semasa memberi salam,
j.
Tidak membuat bising semasa bersembahyang,
k.
Melayan tetamu dengan baik,
l.
Pemurah,
m.
Menolong orang susah.
3.
Budi Bahasa Masyarakat India
Nilai-nilai
budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India antaranya ialah:
a.
Duduk ketika makan,
b.
Tidak membazirkan makanan,
c.
Senyap semasa bersembahyang,
d.
Mengucap “vanakkam” sebagai tanda memberi salam,
e.
Duduk bersila ketika makan,
f.
Tidak bercakap ketika menguah makanan,
g.
Memakai pakaian tradisional apabila pergi ke kuil,
h.
Pemaaf,
i.
Pemurah,
j.
Berpakaian tidak mencolok mata,
k.
Sentiasa bersenyum apabila bersua dengan orang lain,
l.
Ibu bapa memberi restu kepada anak-anak mereka setiap
hari,
m.
Tidak boleh berbual-bual dengan orang lain semasa berada
di upacara kematian,
n.
Hormat-menghormati.
ISL (Nota
Tambahan)
Kata Sapaan.
Contoh:
ORANG YANG DITUJUKAN
|
|
Saudara/saudari |
Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis. |
Cik
|
Orang perempuan yang belum berkahwin/
berkedudukan tinggi daripada penutur.
|
Saya
|
Digunakan apabila bertutur dengan
orang yang dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang
yang lebih tua, orang yang baru dikenali)
|
Aku
|
Digunakan dalam situasi tidak formal
atau kepada kenalan rapat.
|
Patik/hamba
|
Digunakan oleh rakyat biasa apabila
bertutur dengan raja.
|
Beta
|
Digunakan oleh raja apabila bertutur
dengan rakyat biasa.
|
Tuan
|
Orang yang mempunyai kedudukan tinggi
daripada penutur.
|
Puan
|
Orang perempuan yang sudah berkahwin
dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.
|
Engkau/Kau
|
Digunakan dalam situasi tidak formal /
kenalan rapat.
|
Tuk
|
Kadi/Iman/Penghulu
|
Anda
|
Digunakan dalam situasi formal dan
boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.
|
Tuanku/ Baginda
|
Digunakan kepada raja.
|
Ia/Dia
|
Boleh dirujuk kepada manusia tetapi
tidak kepada objek bukan manusia dan benda.
|
Beliau
|
Digunakan sebagai rujukan orang yang
dihormati dan mempunyai kedudukan.
|
Mereka
|
Kata ganti diri orang
ketiga jamak.
|
-nya
|
Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi
orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya). Boleh juga
digunakan sebagai kata ganti diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya) |
Contoh:
Pak-Digunakan
untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak-Digunaka
utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok-Digunakan
untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek
kendiri.
Abang-Digunakan
untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak-Digunakan
untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda
kendiri.
Adik-Digunakan
untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
Tutorial 2
Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang
Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati
seperti kata-katanya : Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala
anggota pun roboh”. Berikan ulasan anda.
Gurindam Fasal ini menasihati kita
mengamalkan nilai berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan ,Baik hati dan
tidak dengki kepada orang lain,Bercakap benarlah sepanjang masa dan Bersabar
tanpa mengikut perasaan marah. Selain itu, kita mestilah memelihara pandangan
mata daripada melihat perkara yg tak baik,Menjaga hati kerana hati itu pengawal
tingkah laku dan Janganlah bersifat dengki. Di samping itu , kita hendaklah
berfikir sebelum memuji atau mengumpat dan Janganlah suka berbohong kerana
berbohong mendedahkan kelemahan diri kita sendiri.
2. Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.
Budi bahasa
merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan
mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi
bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Sesungguhnya berakhlak
mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Namun begitu,
dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja.
Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan
terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan
pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas
menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat.Sebelum keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa
perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu
satu kemaslahatan boleh diperoleh.
3. Bagaimanakah
cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat
kita?
Melalui rombakan
sistem pendidikan. Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah
masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi
insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek.
Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi
dan berbudi bahasa.Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita.
Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran
yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan
nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari
peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap
masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya
masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat
resam bangsa mereka. Mereka percaya
bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya
mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan
negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana
rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta.
Pihak sekolah
perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum
dengan lebih giat dan berkesan.Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum
merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa seperti
bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar.
Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk
mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar
ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan
diberi cahaya matahari yang secukupnya. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan
yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah
akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka
akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya,
sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh
persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan
sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar
terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka
tak cinta.’
Peranan ibu bapa. Ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang
kaya budi bahasa.Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh
ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak memasuki alam
persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab
sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai
contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka
yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik
adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak
boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu,
ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati
sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak.Dengan ini,
hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment