Sunday, 6 September 2015

MASALAH DISIPLIN: MAKALAH PONTENG KELAS DAN SEKOLAH


Masalah ponteng sekolah merupakan suatu masalah yang berkait rapat dengan kesantunan keluarga. Punca isu masalah utama yang menyebabkan anak murid tidak mahu menghadiri sekolah kerana bimbang tentang keadaan keluarga yang bermasalah rumah tanggga misalnya ibu bapa hendak menceraikan pasangannya.
Seterusnya, murid-murid  kadang-kadang berasa takut terhadap guru yang tidak menggunakan kesantunan dengan bijak di sekolah. Kes yang paling baru ialah tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilaporkan hilang di kawasan hutan selepas mandi di sungai berdekatan sekolah itu pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata murid berkenaan melarikan diri ke dalam hutan itu kerana takut diambil tindakan oleh guru kerana mandi di sungai itu tanpa kebenaran.
Selain itu, mengikut kajian Sapora Sipon (2005), faktor pendapatan keluarga, kelas sosial, etnik, pengaruh rakan sebaya, penyalahgunaan dadah, ketidakstabilan keluarga kesemuanya menyumbang kepada masalah ponteng sekolah. Beliau juga menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa tidak sedar anak mereka ponteng sehingga guru membuat aduan.
Sesetengah murid ponteng sekolah sebab takut kepada guru kerana guru terlalu garang. Ada juga ponteng kerana dipengaruhi kawan sebaya.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata antara faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar ialah kemerosotan moral kesan daripada kurang pengawasan, keruntuhan institusi keluarga dan pengaruh negatif rakan sebaya. Pelajar sekolah yang ponteng sekolah tidak menghargai jasa guru. Guru bersusah payah mencari bahan yang menarik untuk pembelajaran pelajar supaya mereka dapat memahami ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru. Sikap yang tidak menghargai jasa guru adalah sikap yang tidak mempunyai kesantunan. Mereka juga membazirkan masa mereka yang emas dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seprti bergoyang- goyang dan melepak merata- rata tempat. Pelajar yang ponteng sekolah tidak bersyukur kepada Tuhan kerana menhabiskan masa yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan membuat aktiviti yang tidak berfaedah seperti bergoyang- goyang dan melepak di merata- rata tempat tanpa sebab tertentu.
Selalunya murid yang ponteng mempunyai sarang mereka sama ada di dalam bangunan  sekolah atau di  kawasan luar pagar sekolah dan di pusat membeli-belah.
Kesan isu ponteng sekolah kepada masyarakat dan negara memang membimbangkan.
Kebanyakan budak ponteng sekolah akan terlibat dengan kes jenayah khasnya di sekitar bandaraya. Prestasi pelajaran mereka tetap merosot. Kes murid ponteng dan mangkir sekolah boleh menimbulkan silap faham di antara pihak ibu bapa dan sekolah kerana kekurangan kesantunan di antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Cara mengatasi masalah pontang sekolah memerlukan kebijaksaan dan kesabaran khasnya penggunaan kesantunan verbal atau bukan verbal dengan berkesan supaya murid  yang ponteng boleh sedar dan balik ke pangkuan yang betul.
Kauseling dan bimbingan serta sistem mentor-mentee yang melibatkan kesantunan amalan Malaysia dapat menjaga perasaan psikoloji murid yang amat sensitif supaya mereka memberhentikan perbuatan ponteng sekolah yang amat merugikan masa depan mereka.
Kesimpulannya, perbuatan ponteng sekolah adalah perbuatan yang tidak mempunyai kesantunan bahasa. Masalah ini bukan sahaja akan menimbulkan banyak lagi masalah, malah juga akan menyusahkan pelbagai pihak untuk mengesan pelajar yang ponteng sekolah. Walaupun masalah ponteng sekolah tidak nampak serius sangat, namun banyak jenayah dan gejala yang tidak santun dan senonoh akan berlaku akibat masalah yang sekecil ini. Oleh itu, masalah ponteng sekolah mestilah dibasmi kerana ia boleh dikenali sebagai akar masalah gejala sosial lain.
Kini, murid boleh menilai keadaan dan membuat keputusan sendiri sungguh pun keputusan murid boleh silap. Kedua-dua pihak , ibu bapa dan guru sekolah harus bersemuka dengan ikhlas supaya dapat menyelesaikan masalah bersama-sama demi kepentingan masa depan anak murid kita.


No comments:

Post a Comment