Monday, 7 September 2015

Tutorial Bab 5



Bincangkan bersama rakan anda tentang strategi kesantunan verbal, nonverbal, lisan dan penuliasan


Strategi Kesantunan Verbal
1.       Strategi toleransi- orang tua memulakan sesuatu percakapan
2.       Strategi bertimbang rasa- Saya mempunyai rasa yang sama dengan puan . Kami akan menyelesaikan masalah yang puan hadapi pada masa yang singkat.
3.       Strategi member salam- Selamat petang & Salam sejahtera
4.       Strategi bersopan santun- sistem panggilan yang betul dan sesuai seperti Tuan dan encik kepada pensyarah
5.       Strategi ramah mesra- mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumahnya.
6.       Strategi tidak mementingkan diri sendiri- mencadangkan sesuatu dan memberi nasihat dengan nada yang lembut dan suara yang rendah
7.       Strategi merendah diri- “Sila sentiasa mengunjungi rumah yang tidak seperti ini”.
8.       Strategi berterima kasih- ‘Terima Kasih’ diberikan kepada sesiapa yang telah menolong anda.


Strategi Kesantunan Nonverbal
1.       Strategi toleransi- memberi laluan kepada orang yang lebih tua dan cacat semasa menaiki bas.
2.       Strategi bertimbang rasa- tidak menggunakan jari lain kecuali ibu jari untuk menunjukkan orang.
3.       Strategi member salam- mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman
4.       Strategi bersopan santun- mencium tangan orang yang lebih tua semasa beri salam
5.       Strategi ramah mesra- menunjukkan muka manis semasa bercakap dengan orang lain.
6.       Strategi tidak mementingkan diri sendiri- memberikan pertolongan kepada orang yang menghadapi kesusahan
7.       Strategi merendah diri- tidak bercakap balik semasa berinteraksi dengan orang yang lebih tua
8.       Strategi berterima kasih- mencium dan memeluk ibu bapa.


Strategi Kesantunan Lisan:
1.       Strategi berinteraksi ini mengutamakan 2 jenis air muka :
·         Air muka positif
·         Air muka negative
2.       Strategi Kesantunan Lisan Brown & Levinson
a)      Strategi langsung, biasanya digunakan kepada orang yang rapat dan dekat. Contoh:
·         “Ambil pen itu kepada saya”
·         Siapkan kerja ini sebelum hari Isnin
b)      Strategi Kesantunan Negatif/ Formal, contoh:
·         ‘bolehkah kamu bukakan pintu tu?’
·         ‘Saya rasa dinding ini harus dicat’
c)       Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban, contoh:
·         ‘buka pintu je’
·         ‘Padamkan tulisan tu, sayang’
d)      Strategi tidak Langsung, contoh:
·         ‘Saya tidak suka kamu’


Strategi Kesantunan Penulisan :
        I.            Mempunyai air muka positif dan negatif
      II.            Menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka
    III.            Strategi Langsung, contoh: ‘Get out’
    IV.            Strategi Kesantunan Negatif/ Formal, contoh: ‘As a favor to me, do try to calm down’(Demi aku, cubalah tenang dulu)~~ Memoirs of a Geisha
      V.            Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban, contoh: ‘Just one moment, Doctor, if you please’(Sila tunggu sebentar, Doktor)~~ Memoirs of a Geisha
    VI.            Strategi tidak Langsung, contoh: ‘Can’t you see this room is too hot’( Tak tahukah ruang ini panas?) ~~ Memoirs of a Geisha



No comments:

Post a Comment