ISU SUMBANG MAHRAM
Pada era globalisasi ini, kita dapat
melihat semakin banyak berita tentang kes-kes sumbang mahram terpapar pada
akhbar. Persoalannya, apakah punca masalh sumbang mahram semakin berlelusa di
Negara kita?
Punca yang perdana ialah kurangnya
imam. Sumbang mahram sebenarnya tidak sama dengan kes rogol atau kes
persetubuhan haram yang mengunjungi pelacur kerana kegiatan zina ini hanya
melibatkan orang luar. Pelakuan sumbang mahram ialah pelakuan orang yang
bermasalah mental dan mereka bernafsu terhadap darah daging ataupun melakukan
perbuatan seks dengan mereka. Contohnya, seorang ayah merogol anak perempuannya
atau seorang ibu melakukan perbuatan seks dengan anak lelakinya. Secara
fitrahnya, ibu bapa biasanya tidak akan tertarik oleh anaknya keran darah
daging seperti bayangan diri sendiri. Tetapi, peliknya mereka tergamak untuk
melakukan perbuatan ini. Disebabkan lemahnya imam seseorang, mereka tidak dapat
membezakan apa yang buruk apa yang baik dan melakukan perbuatan zina ini.
Punca
yang kedua ialah kemasukkan bahan lucah ke dalam negara. Hal ini bukan sahaja
telah menyumbang kepada kes sumbang haram, malah kes jenayah seks yang lain.
Remaja dan kanak-kanak pada zaman ini telah menjadi matang sebelum sampai
masanya. Mereka biasanya boleh didedahkan melalui internet kerana internet
terlau sukar untuk ditapis, dihalang, dan disekat. Pendedahan bahan lucah akan
menyebabkan mereka ingin tahu dan ingin mencuba. Mereka ingin cuba untuk
mempratikkan apa yang dalam bahan lucah dalam kehidupan mereka. Oleh itu mereka
akan melempiaskan nafsu mereka kepada orang terdekat mereka. Dengan agama yang
kukuh, mereka dapat mengawal nafsu mereka dengan baik. Cara yang terselamat dan
paling mudah ialah melakukannya sesame diri sendiri.
Punca yang ketiga ialah keruntuhan
institut keluarga. Kebanyakkan ibu bapa pada era globalisasi ini sibuk bekerja
dan mengejarkan wang untuk menyara kehidupan keluarga. Ada ibu bapa yang telah
bercerai dan berpisah. Hal ini telah menyababkan mereka mangabaikan anak-anak
mereka. Mereka tidak prihatin dan tidak mempeduli anak mereka, apa yang anak
mereka buat di rumah, kolej, dan sekolah, dan tidak mengetahui tentang kawan
anak mereka. Mereka juga tidak mengawal dan memantau anak-anak dengan baik dan
menyebabkan kes sumbang mahram mudah berlaku antara adik-beradik.
Kes subang mahram biasanya berlaku
di dalam rumah mangsa sendiri.
Kesan yang pertama ialah hubungan
antara ahli keluarga akan retak. Kalau ibu bapa telah melakukan perlakuan sumbang
mahram dengan anak-anak, mereka akan menyimpankan perasaan dendam terhadap ibu
bapa. Anak-anak yang menjadi mangsa akan susah untuk dibimbing diberi nasihat
keran tempat pergantungan kasih sayang dan harapan mereka telah hancur.
Anak-anak sepatutnya mendapat kasih sayang yang penuh daripada ahli keluarganya
seperti ibu dan bapa tetapi mereka yang diharapkan pula menganiayai sendiri.
“Harapkan pagar, pagar makan padi.” Anak-anak akan mendapat kenangan yang
sanyat pahit sebelum mereka menjadi matang.
Biasanya, kes sumbang mahram berlaku
di rumah. Hal ini berlaku apabila isteri keluar dan suaminya berteman dengan
anak atau sebaliknya.
Langkah yang pertama untuk
menyelesaikan masalah ini ialah mengukuhkan institut keluarga. Dalam satu
keluarga, ahli keluarga memerlukan komunikasi yang sanyat baik. Hal ini boleh
menyemai kasih sayang secara tidak langsung. Dan Kekuatan keluarga dapat
menjauhkan mereka daripada kes sumbang mahram. Buktinya kita tidak boleh
mencemari ahli keluarga ialah ahli keluarga mempunyai DNA yang sama dengan kita.
Langkah yang seterusnya ialah menjaga
hubungan antara perempuan dan lelaki. Hubungan antara lelaki dan perempuan
perlu ada batasannya supaya kedua-dua pihak tidak dikawal oleh nafsu dan
melakukan sesuatu yang melanggar peraturan agama. Selain itu, penjagaan aurat
juga amat penting kepada perempuan. Kanak-kanak perempuan juga digalakkan untuk
menutup aurat dan berpakaian elok walaupun mereka tidak sampai umur. Hal ini
digalakkan untuk menjauhkan kejadian sumbang mahram. Statistik menunjukkan
kanak-kanak pada umur ini paling mudah dijadikan mangsa dan dinodai oleh pelaku
mereka.
Langkah yang ketiga ialah asingkan
tempat tidur. Kanak-kanak dan penjaga yang berlainan jantina digalakkan
asingkan tempat tidur mereka. Kanak-kanak perempuan juga digalakkan menguncikan
pintu bilik mereka. Langkah keselamatan ini haruslah disemaikan dalam diri
mereka dari kecil lagi.
Langkah yang lain ialah memberikan
hukuman yang lebih berat kepada pesalah sumbang mahram. Hal ini
Langkah yang terakhir ialah memantapkan
keimanan dalam diri setiap individu. Kita harus menyemaikan didikan agama dalam
sanubari kita. Dengan ajaran agama yang kuat, kita tidak mudah dikawal oleh
nafsu dan dapat menbezakan hitam putih serta tidak melakukan sumbang mahram.
Selain itu, ibu bapa juga haruslah mengajarkan didikan agama yang kukuh kepada
anak-anak dan cara untuk melindungi diri sendiri semasa menghadapi masalah ini.
Gejala sumbang mahram ini bukan saja berlaku di negara kita tetapi amat meluas di iceland akibat keadaan unik di pulau itu: https://thevexingworld.blogspot.com/2017/08/hubungan-seks-sedarah-di-iceland.html
ReplyDelete