1. Kesantunan
berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Bincangkan
ciri-ciri- kesantunan yang perlu diamalkan berdasarkan petikan di atas.
Amalan bersopan
santun, berbudi bahasa, lemah lembut dan menpunyai segala ciri yang baik dan
murni serta dapat menimbulkan keramahan keramahan dan kemesraan termasuk dalam
kesatunan bahasa. Aspek-aspek yang perlu
diperhatikan apabila bercakap dan bertutur dalam mana-mana situasi ialah kata
ganti nama, sistem sapaan dan panggilan serta pemilihan perkataan yang betul,
tepat, dan menjaga perasaan pendengar. Oleh yang demikian, orang yang
berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan bahasa yang lembut dan sopan
akan dikenali sebagai orang yang berbudi tinggi manakala orang yang berinteraksi
dengan cara yang kasar dan kurang sopan akan dianggapkan sebagai orang yang
kurang ajar dan biadab. Oleh sebab itu, pencakap haruslah sentiasa mempamerkan
perlakuan yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Maksudnya iaitu menunjukkan
tingkah lauk yang baik dari segi pertuturan, pelakuan, dan permikiran. Mulut
manis mematah kantulang. Oleh itu, amalan kesantunan bahasa merupakan salah
satu aspek yang sanyat mustahak dalam
masyarakat Melayu. Di samping itu, bahasa yang digunakan untuk bercakap semasa
berkomunikasi dapat menggambarkan budi bahasa penuturnya. Oleh itu, penutur
perlu menggunakan bahasa yang betul dan sopan dengan perlakauan yang sesuai
semasa berkomunikasi dengan orang lain. Cara berkomunikasi akan mencerminkan
kesantunan berbahasa dari cara berbahasa dan segi verbal. Sebagai seorang guru,
guru haruslah mengambil kira norma-norma percakapan sebelum memberikan idea
yang difikirkan. Cara berbahasa perlulah bersesuaian dengan unsur-unsur budaya
yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan dan bahasa yang digunakan perlu
mengikuti situasi ketika berkomunikasi.Guru yang tidak dapat menggunakan bahasa
dan perkataan yang betul akan mereka dianggap sebagai seorang guru yang
sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
2.
Kesantunan
berbahasa perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru mampu
mengawal tingkah laku muridnya. Bincangkan ciri- cirri kesantunan yang perlu
diamalkan oleh guru bagi mengelakkan kejadian seperti petikan di atas.
Ciri kesantunan guru:
i.
Menghargai dan menghormati pihak lain
ii.
Bertanggungjawab dan bersikap amanah
iii.
Rajin mengajar murid dengan kasih sayang
iv.
Tegas dan berani untuk menegur perilaku yang
salah dengan perkataan dan nada yang sesuai.
v.
Bertindak rasional dan mengambil tindakan
mengikut alas an dan bukti yang nyata.
vi.
Bersyukur dan berterima kasih.
vii.
Sanggup berkorban untuk murid-murid.
viii.
pemurah dan sentiasa bersedia untuk membaiki
kelemahan diri
No comments:
Post a Comment