Anda telah membaca
isu-isu gejala sosial yang telah melanda Negara kita pada masa sekarang. Buat perbincangan
kesan-kesan yang akan dihadapi oleh Negara pada masa akan dating sekiranya gejala
social ini tidak ditangani dengan berkesan.
Kalau gejala sosial tidak ditangani dengan baik, kesan
yang perdana ialah nusa kita akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa
depan. Hal ini akan menyebabkan keadaan sosioekonomi Negara merosot dan
kerancakan pembangunan Negara terbantut. Hal ini juga disebabkan wujudnya kadar
gejala sosial dan gejala keruntuhan akhlak yang tinggi di masyarakat Negara
kita. Negara perlu menggunakan kos yang tinggi untuk menyelesaikan masalah
sosial ini dan mengurangkan kadar jenayah. Anasir-anasir luar juga akan meresap
masuk ke dalam Negara kita dan remaja yang tidak tahu menjaga diri akan
terpengaruh oleh anasir itu. Di samping itu, nama baik Negara akan terjejas
akibat dan nusa kita akan dipandang remeh oleh Negara lain.
Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah sosial
yang melanda generasi muda pada masa sekarang.
Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam
menangani masalah sosial. Sesetengah ibu bapa memang tidak mempunyai cara dan
kemahiran pendidikan yang betul. Kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan
mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini
termasuk dalam kemahiran mengasuh. Mereka perlu dididik oleh ibu bapa kerana
jiwa mereka sentiasa berubah.
a.
a. Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa tidak lagi
bersifat sehala sahaja. `ibudanbapakemudiananak-anak’ pandangan ini tidak lagi boleh dipakai. Sebaliknya ibu bapa
perlu menguasai kemahiran untuk menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar
dan berinteraksi dengan anak-anak haruslah dipupuk. Ibu bapa tidak boleh memupuk amalan membantu
anak membuat keputusan lagi.Sebaliknya,amalan perbincang anaka dengan ibu bapa
nyata lebih berefektif. Ibu bapa haruslah prihatin dan membantu remaja yang
sedang mengalami perubahan fizikal dan seksual dan masalah yang dihadapi.
Mereka perlu ditolong semasa mereka mempunyai ledakan kebolehan intelektual.
Perubahan tersebut mendorong remaja mengeluarkan diri daripada kawalan ibu bapa
dan mereka mahu membina jati diri. Pendidikan kepada anak dan remaja adalah
berbeza keranaperkembangan emosi dan
psikologi mereka mulai menjdai bebas semasa remaja. Kalau ibu bapa masih
menonjolkan perlindungan mereka yang terlalu kepada remaja, remaja akan
kelihatan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa. Ibu bapa diberi
galakkan selalu melakukan aktiviti keluraga bersama dengan anak dan ahli
keluarga. Contohnya, pada Tahun Baru Cina, anak-anak dan cucu-cucu boleh
berkumpul untuk meraikan perayaan ini dan makan besar bersama-sama ahli
keluarga. Ibu-ibu bapa juga haruslah prihatin terhadap keadaan anak-anak.
Mereka tidak boleh memberikan kebebasan yang terlampau sebaliknya ibu bapa
harus member panduan semasa mereka membuat sesuatu keputusan untuk menentukan
jalan mereka. Selain itu, ibu bapa haruslah mengenali kawan anak-anak dan kalau
perlu, boleh minta anak membawa kawan dating rumah untuk dinilai. Ibu bapa
perlu sentiasa berdoa agar anak mereka tidak terlibat dalam perkara yang tidak
baik.
No comments:
Post a Comment