Tutorial Bab 4:
Bincangkan dan
hasilkan contoh peraturan berbahasa daripada aspek jarak sosial dan konteks
percakapan.
Definisi jarak sosial:
Keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza
tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada
dasarnyaberada dalam zaman atau masa yang sama.
Peraturan bahasa
·
Menggunakan perkataan dan percakapan yang sesuai, seperti:
Selamat pagi, Assalamualaikum,
Hello diucapkan dalam situasi yang tidak formal.
·
Memanggil orang tua dengan
panggilan yang lebih hormat dan bukannya nama orang tua
·
Mempunyai interaksi mata
semasa bercakap dengan orang lain, kalau tiada interaksi mata akan menimbulkan
salah faham dengan senang.
·
Membahagikan topik secara
formal, Contoh: “Bagaimana jika kita meninjau dari sisi
lain, misalnya…”
·
Mementingkan status dan
kedudukan dan giliran bercakap mengikut tempat yang berada.
·
Contoh: 1. Disekolah
i) Pengetua
ii) Penolong kanan guru besar
iii)guru
2.
Gambaran tentang pentingnya peraturan berbahasa dalam kehidupan masyarakat
Melayu banyak diungkapkan dalam puisi Melayu lama seperti pantun, peribahasa
dan lain-lain. Cari sebuah pantun atau peribahasa atau bahan lain yang
menyentuh tentang peraturan berbahasa dalam pergaulan masyarakat.
Peribahasa
1.. Bercakap siang
pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar.
2. Terlajak perahu dapat ditarik;
terlajak kata buruk padahnya.
3. Berbunyi bahasa diketahuilah
bangsa.
4. Bahasa menunjukkan bangsa.
5. Bahasa jiwa bangsa
6. Kerana pulut santan binasa;
kerana mulut badan binasa.
PANTUN EMPAT KERAT
(BUDI )
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Anwar Ridhwan (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
(BUDI )
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Anwar Ridhwan (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lirik Lagu Budi Bahasa Budaya Kita
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Sumber :
2. http://bmspmnirmala.blogspot.my/2013/03/pantun-empat-kerat-budi.html
No comments:
Post a Comment