GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR
FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER)
PANDANGAN PAKAR
Oleh: Nik Suhaila/ Haslinda
Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis
remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan
bahawa bahawa gadis remaja kini semakin
agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini
berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program
Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas
permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih
lanjut.
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
“Remaja ialah mereka
yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang
terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan
remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara tersebut”.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun
yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang
yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan
tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.
Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan
yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih
kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain
itu sikap remaja turut menyumbang kepada
gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain.
Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih
memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh
rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.
Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”
Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja
benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada
kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini
menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit,
dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah
keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.
Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya
gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang
dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada
segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di
kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang
bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak
baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran,
cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”
Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong
bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua
keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu
mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”
“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang
mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah
menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap
ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja
memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan
apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga
yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang
keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan
khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan
sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa
panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini de
“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para
remaja dari terjebak dengan gejala sosial.
Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama
yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara
yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh
kepada anak-anak”.
“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa
mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan
dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya
mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan
mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak
bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan
terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa
untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.
“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama
anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini,
seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun
bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para
ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak
boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka.
Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak
remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan
mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah
sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini
seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup
anak-anak”.
Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa
berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan
yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup .
Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga
anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’.
Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat
dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri
wawancara dengan CAHAYA.
Nik Suhaila/ Haslinda. GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER). Dimuat turun pada 23 Ogos 2015 daripada laman sesawang http://www.islam.gov.my/en/gejala-sosial-remaja-pandangan-dr-fatimah-yusuf cahaya-oktober
Ponteng Sekolah
Pengenalan
Ponteng sekolah merupakan satu
perbuatan yang menyalahi peraturan sekolah. Statistik menunjukkan lebih ramai
pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah berbanding dengan pelajar sekolah
rendah. Ini bermakna, lebih ramai remaja yang melakukan aktiviti berisiko
tersebut.
Kajian menunjukkan bahawa ponteng
sekolah adalah tanda-tanda awal yang seseorang remaja tersebut sedang
menghadapi masalah. Sepatutnya pergi ke sekolah setiap hari merupakan
satu rutin bagi seorang pelajar, tetapi apabila mereka ponteng,
ianya seperti memberi signal bahawa mereka telah hilang arah tuju
dalam hidup. Secara tidak langsung, dengan ponteng sekolah, mereka cuba
memberitahu ibubapa, pihak sekolah dan masyarakat bahawa mereka memerlukan pertolongan
untuk meneruskan hidup ke arah yang lebih positif.
Mengapa remaja ponteng sekolah?
Belajar! Belajar!
Belajar! Bagi remaja yang tidak berminat menggunakan fikiran mereka
untuk menimba ilmu, mereka akan cepat merasa bosan atau letih untuk belajar.
Di antara sebab-sebab mengapa remaja mengambil risiko untuk ponteng sekolah:
Di antara sebab-sebab mengapa remaja mengambil risiko untuk ponteng sekolah:
1.
Pengaruh rakan sebaya
o Memilih
rakan-rakan yang salah mendedahkan remaja dengan gejala ponteng sekolah
2.
Mengalami masalah emosi
o Kemurungan
boleh menyebabkan mereka bertindak tanpa memikirkan risiko
o Kebanyakan
remaja yang murung ingin mendapatkan perhatian daripada ibubapa dengan cara
yang negatif seperti ponteng sekolah
3.
Masaalah sosial
o Tiada
pengawasan ibubapa
o Terbiar
o Memberontak
o Tidak
minat belajar
o Tiada
pedoman hidup
4.
Masalah pembelajaran dan kurang tumpuan
o Pelajar
lembam (slow-learner) tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan
berkesan kerana mereka tidak memahami apa yang diajar disebabkan keupayaan
intelektual yang rendah.
o Mereka
yang mengalami masaalah Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (Attention
Deficit Hyperactive Disorder ataupun ADHD) pula mudah hilang tumpuan dan
cepat berasa bosan.
Apa yang akan berlaku kepada remaja
yang kerap ponteng sekolah?
1.
Terlepas peluang belajar
o Sekiranya
remaja ini dibiarkan ponteng sekolah, mereka akan menjadi lebih leka, dan tidak
mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran. Setelah mereka dewasa,
mereka akan menyesal kerana terlepas peluang untuk belajar.
2.
Terdedah risiko gejala sosial
o Apabila
remaja mudah terpengaruh dengan budaya orang yang suka melepak, mereka akan
terdedah dengan risiko yang lebih tinggi seperti merokok, menghisap dadah,
gangsterisme dan perkara-perkara negatif lain.
Bagaimana mencegah remaja daripada
ponteng sekolah?
1.
Peranan ibubapa
o Remaja
amat memerlukan perhatian daripada ibubapa. Meluangkan masa bersama mereka amat
penting kerana mereka akan rasa dihargai dan ini akan memupukkan rasa
tanggungjawab untuk masa hadapan mereka.
o Sesetengah
ibubapa yang mempunyai anak-anak yang kecil kurang memberi perhatian kepada
remaja kerana bagi mereka, anak-anak yang besar sudah boleh berdikari,
sedangkan semua anak termasuk remaja perlu dilayan dan diraikan.
o Terdapat
ibubapa yang terasa kekok untuk memulakan bicara atau perbualan. Adalah amat
penting untuk memahami minat anak-anak, berbual-bual berkenaan perkara-perkara
yang santai sebelum berbincang berkenaan perkara yang serius seperti
kepentingan belajar.
o Ibubapa
juga harus melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah dan menjalinkan hubungan
yang baik dengan guru dan pentadbir sekolah. Ini akan membuatkan remaja berasa
segan untuk membuat perkara yang negatif.
2.
Peranan pihak sekolah.
o Guru
harus mengenalpasti mereka yang tidak mempunyai kecenderungan/minat untuk
belajar, dan seterusnya berbincang dengan ibubapa pilihan-pilihan yang ada
seperti pendidikan khas, pendidikan vokasional dan penilaian daripada pakar
jika mereka disyaki mempunyai masaalah pembelajaran seperti Ketidakupayaan
intelektual atau Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
o Pihak
sekolah harus memberi insentif terutamanya untuk remaja yang dikenalpasti tidak
minat belajar seperti menggunakan sistem merit dan memberikan ganjaran apabila
remaja tersebut datang ke sekolah
3.
Peranan masyarakat
o Jiran
tetangga, pemilik cyber café, dan polis perlu mengambil inisiatif
untuk membenteras gejala ponteng sekolah terutamanya jika anak-anak remaja
berpakaian sekolah melepak di tempat awam pada waktu yang sepatutnya mereka
berada di sekolah.
Apa yang harus anda lakukan jika anak
anda ditangkap ponteng sekolah?
1.
Tenangkan diri.
o Apabila
anda mendapat panggilan telefon ataupun surat amaran daripada pihak sekolah
mengatakan anak anda tidak hadir ke sekolah, terutama sekali jika anda sendiri
yang menghantar mereka atau anda pasti mereka berpakaian unifom sekolah ketika
meninggalkan rumah, anda tentu terkejut dan marah.
o Tenangkan
diri anda sebelum meluru dan menuding jari kepada pihak sekolah ataupun
menghukum anak anda. Anda perlu berlapang dada untuk bercakap dengan anak
anda agar anda memahami apakah punca sebenar mereka ponteng sekolah.
2.
Dapatkan penjelasan daripada pihak sekolah dan tindakan
yang akan diambil
o Berjumpa
dengan pihak pentadbr sekolah untuk mengetahui tarikh-tarikh ketidakhadiran
anak anda dan apakah tindakan pihak sekolah seterusnya.
o Guru
kelas dan guru kaunseling mungkin dapat memberi maklumat tambahan berkenaan
tingkahlaku anak anda di sekolah.
3.
Bercakap dengan anak anda
o Galakkan
anak anda untuk bercakap secara jujur dan berterus terang. Sebagai ibubapa anda
perlu nyatakan bahawa anda akan bantu mereka. Tanyakan mengapa mereka ponteng
sekolah, apakah perasaan mereka dan apakah masaalah yang mereka hadapi.
4.
Berbincang tentang masalah di sekolah dan cadangan
penyelesaian
o Ini
amat penting terutamanya jika melibatkan masaalah dengan pihak guru atau rakan
sekolah.
5.
Membuat pemantauan
o Ibu
bapa harus bekerjasama dengan guru kaunseling dan guru disiplin untuk
memastikan anak pergi ke sekolah dan berada di dalam kelas setiap hari.
Maklumbalas daripada mereka adalah penting sebagai salah satu daripada langkah
pemantauan.
Daripada laman sesawang:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/remaja/perubahan-tingkah-laku/ponteng-sekolah-school-truancy
No comments:
Post a Comment