Monday, 7 September 2015

Tutorial Bab 6.6


 Buat perbincangan tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kehidupan masyarakat masa kini.

a.     Teknologi pada era globalisasi ini telah memberikan banyak kemudahan kepada masyrakat hari ini. Pelbagai bidang telah dibantu oleh teknologi yang canggih kerana apa-apa maklumat boleh didapati di hujung jari. Namun begitu, ada orang yang telah menyalahgunakan teknologi yang semakin canggih ini. Contoh penyalahgunaan ialah mengubah identiti sendiri dalam alam maya dengan mengubah gambar sendiri menjadi lebih cantik sampai tiada realitinya. Teknologi juga boleh menyembunyikan identity seseorang bagi tujuan menipu orang lain.
b.     Pada zaman ini,kebanyakkan remaja telah menyalahgunakan teknologi untuk menonton gambaran pronografi dan video lucah. Teknologi yang semakin canggih telah membantu mereka mendapatkan video dan gambar yang berunsur lucah dengan senang. Oleh itu, mereka yang yang terdedah kepada berkemungkinan akan hilang kawalan dan ingin melakukan perbuatan yang telah ditayang dalam video tersebut.
c.      Dengan menggunakan teknologi, pelajar-pelajar boleh mengambil langkah mudah dalam proses menyiapkan kerja rumah mereka. Mereka boleh meniru dan memplagiatkan kerja orang lain dan menjadi kerja sendiri. Perkara tidak membantu pelajar untuk mempelajari pengetahuan yang baharu. Hal ini juga tidak dibenarkan sama sekali dalam kerja rumah. Jelasnya, teknologi akan digunakan untuk kepentingan diri sendiri untuk menyiapkan tugasan

No comments:

Post a Comment