Sunday, 6 September 2015

MASALAH MASYARAKAT TEMPATAN

         Janganlah sekali-kali kita mengeluarkan perkataan yang kasar atau kesat  yang berunsur kekerasan atau keganasan sehingga mencabar iman , maruah dan kesabaran seseorang kerana hal ini merupakan punca mencetusnya persenkitaran.
   Kebanyakan masalah masyarakat tempatan berlaku di kawasan perumahan sama ada di kampong atau pun di tempat perumahan di bandar seperti kawasan setinggan atau rumah pangsa.

Kesan ketidakkesantunan menjauhi perasaan silaturahim di antara penduduk setempat. Hal ini akan terus menjejaskan perhubungan muhibah dan perpaduan di antara penduduk. Maka , kesantunan diperlu untuk membina perhubungan yang erat dan akrab agar perpaduan dapat di perlihara.

Terdapat cara-cara menangani isu  masyarakat setempat dalam kesantunan.


Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. 
Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim. 
 Pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang bejat kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar sesuka hati kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap secara sesuka hati ini. Selain itu, pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan mencaci mereka yang mencemarkan alam sekitar  secara sesuka hati supaya masyarakat akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan. 

Masyarakat boleh mengikut kesantunan yang ditetapkan seperti digariskan oleh Dr Asmah Haji Omar (2000):Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar.
Pertubuhan masyarakat setempat seperti pertubuhan beribadat, Jawatan Kuasa Masjid,Kuil atau Tokong, JKKK, Rukun Tengga dan RELA yang melibatkan boleh membentuk suatu masyarakat yang yang mempunyai ciri-ciri kesantunan.
Ketua keluarga harus mengawal emosi diri sendiri. Mereka sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada anak-anak Sebagai ibu bapa mesti sentiasa ambil tahu perkara mengenai anak-anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah ataupun di rumah
Meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka
dan memberi kasih saying kepada anak-anak mereka supaya anak mereke tidak melanggar nilai dan norma masyarakat mengikut kesantunan masyarakat.

Golongan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang remaja yang bersantun. Yang pertama, golongan masyarakat perlulah mengamalkan sikap penyayayng dalam kehidupan seharian. Amalan ini penting dalam pembentukan sahsiah seorang remaja yang bersantun dan berbudi berkerti mulia. Ini kerana sekiranya semua golongan masyarakat mengamalkan sikap penyayang, ini akan membentuk budaya masyarakat atau norma masyarakat yang bersifat positif dalam secara tidak langsung remaja akan terpengaruh dengan budaya ini akan mereka akan terikut-ikut dengan budaya ini dan akhirnya mereka juga akan menjadi seorang insan yang penyayang.

Selain itu, golongan masyarakat juga perlu sentiasa prihatin terhadap perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Contohnya, golongan masyarakat haruslah memberi teguran kepada remaja yang terjebak dalam kancah gejala sosial. Ini adalah penting kerana banyak remaja masa kini melakukan gejala sosial disebabkan oleh faktor kekurangan perhatian daripada orang ramai. Dari segi psikologi pula, anak-anak pada usia remaja mempunyai keinginan untuk mendapat perhatian dan dikenal pasti oleh orang ramai tentang kewujudan dia. Apabila seseorang remaja tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya maka dia akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bersifat negatif untuk terjebak dalam kancah gejala sosial. Oleh itu, golongan masyarakat haruslah membuang sikap tak endah dan mengamalkan sifat prihatin terhadap perkara yang berlaku di persekitaran mereka demi kepentingan kesantunan masyarakat.




No comments:

Post a Comment