Buat perbincangan tentang punca-punca penagihan dadah.
a.
Kekurangan Perhatian
Daripada Ibu Bapa
Tidak dapat dinafikan, Ibu bapa pada era globalisasi ini
sibuk mengejarkan wang emas dan telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
ibu bapa terhadap anak-anak. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan mencari
nafkah untuk menyara keluarga. Hal ini menybebkan mereka tidak mendapat kasih
sayang daripada ibu bapa dan berada dalam keadaan ketandusan kasih sayang.
Mereka akan mendapatkan pertalian kawan untuk mengantikan kasih sayang. Semasa
bergaul dengan rakan yang menhisap dadah, mereka akan mengikuti mereka secara
suka rela.
b.
Tekanan
Remaja hari
ini bukan sahaja perlu menghadiri sekolah, mereka perlu menyiapkan banyak kerja
rumah yang diberi oleh guru dalam masa yang singkat. Tambahan pula mereka perlu
mendapat keputusan yang cemerlang untuk memenuhi kehendak ibu bapa. Selain itu,
ibu bapa juga mengaturkan kelas tambahan kepada remaja kini untuk kehidupan
masa hadapan mereka. Hal ini menyebabkan mereka tiada masa untuk menjalankan
dan melakukan aktiviti dan hobi yang mereka suka untuk melenggangkan jiwa
mereka. Begitulah stres dating dan mereka tiada tempat untuk mengeluarkan
tekanan ini akan mendorong mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dadah dapat membantu mereka untuk menjadikan
jiwa tenang dan melepaskan tekanan.
c.
Kurang Pendidikan Agama
Ibu bapa pada
zaman ini tidak begitu memberi tumpuan kepada pendidikan agama. Kekurangan
pendidikan agama dalam akan menyebabkan fikiran mereka mudah dirosakan oleh
gejala sosial. Mereka juaga akan membuat apa-apa sesuka hati. Oleh itu,
pendidikan agama sangat penting dalam menghalang dan mengelakkan remaja
terlibat dalam lembah maksiat
d.
Pengaruh Media massa
Media massa terbahagi
kepada media cetak dan media elektronik. Media cetak dan media elektronik akan
member banyak maklumat yang tidak baik kepada remaja. Maklumat tersebut tidak
terdapat dalam buku teks sekolah ataupun majalah. Maklumat ini akan
memperngaruhi fikiran mereka dan bertindak melulu untuk melakukan perkara yang
salah.
2.
Nyatakan cara- cara mengatasi
penagihan dadah yang lebih berkesan.
a.
Melaksanakan pendidikan untuk
mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Semua pihak
haruslah bekerjasama tidak kira pihak swasta ataupun pihak kerajaan untuk mengadakan
pendidikan kepada generasi mudah untuk mencegah penyalahgunaan dadah. Aktiviti
seperti pameran, ceramah, kempen perlu diadakan. Aktiviti tersebut dapat
memberikan informasi dan pengetahuan tentang bahayanya dadah kepada remaja dan
masyarakat. Hal ini juga dapat member kesedaran kepada mereka. Selain itu,
aktiviti kokurikulum juga boleh diajalankan.
b. Penubuhanpusat-pusatpemulihan
Pihak kerajaan
boleh membina pusat pemulihan untuk member peluang kepada penagih dadah
mendapat rawatan tanpa mengira bangsa, kaum, dan umur. Contohnya, kerajaan
Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah
Al-Islah untuk member rawatan dan memulihkan sesiapa yang mempunyai masalah
mental, pemikiran dan tingkah laku seseorang
3.
Bincangkan tentangcara-cara
perubatan moden untuk mengatasi masalah ketagihan dadah dan kesan penagihan dadah
kepada penagih.
Cara- cara perubatan moden:
a. Pengambilan dadah
Methadone dapat membantu penagih dadah mempunyai kekuatan dan kemahuan dalaman
yang tinggi untuk menghentikan penagihan. Methadone adalah sejenis dadah gantian
yang dapat menghilangkan kesan sindrom tarikan dan kerinduan terhadap dadah. Penagih
dapat melupakan dadah dengan terus jika mengambil Methadone mengikuti nasihat
doktor. Pesakit digalakkan mengambil Methadone untuk jangka masa sekurang-kurangnya
12 bulan atau mengikut tahap ketagihan seseorang. Selepasitu, dos Methadone
boleh diminimumkan scara perlahan dan berhati-hati.Methadone adalahsejenis ubat
dadah gentian yang dijadikan ubat untuk merawat ketagihan dadah seperti, morfin,
kodein, dan heroin.Penagih harus mengambil Methadone kerana Methadone
dapat mengurangkan ketagihan heroin,
mengurangkan kesan sindrom tarikan dan membantu mengurangkan kesan psikologi serta
emosi semasa proses pengunduran.
b. Pusat pemulihan dadah
ialah tempat yang digunakan oleh penagih untuk melatih dan menerima rawatan
supaya menjadi seorang yang bebas dadah. Pusat pemulihan juga memberikan
peluang kedua kepada penagih dadah untuk mengubah diri dan memulakan kehidupan
mereka yang lain. Banyak pusat pemulihan di Malaysia membantu penagih untuk
mengubah kehidupan mereka yang bebas daripada dadah.
Kesan
penagihan dadah kepada penagih:
Kesan penagihan dadah kepada penagih ketagihan ialah tubuh
penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme kadar penafasan menjadi
lebih pendek dan perlahan, dan kadar dengupan jantung berkurangan. Selain
itu, mata penagih akan menjadi kemerah-merahan.
Tambahan pula, berat badan penagih akan mengalami penurunan secara mendadak. Penagih
yang mengambil dadah akan merasakan khayalan dan mereka tidak berpijak di alam nyata.
Khayalan ini akan berterusan selagi dadah masih berada dalam badan penagih. Kesan-kesan
khayal ini akan hilang dan penagih memerlukan lagi dadah untuk meneruskan
khayal itu. Namun, kalau penagih dadah mengalami keadaan kekurangan dadah mereka
akan mengalami ”gian” iaitu ketagihan dadah, hidung berair, sakit perut. Jika
penagih itu tidak dapat mengatasi perasaan ”gian” itu, penagih akan bertindak ganas
dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibubapanya
semata-mata untuk mendapatkan wang untuk mendapatkan dadah.
No comments:
Post a Comment