BAB 2 KESANTUNAN
BERBAHASA
Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan
(1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab
atau sopan
-Berbahasa dengan santun
ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang
baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari
konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
Kesantunan
Menurut Kamus Dewan
(1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi
pekerti)
-Awang Sariyan (2007)
memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan
aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat
tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat
dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan
memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam
pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun
tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat
kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi
belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan
kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib,
tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti
'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina,
tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu
berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara
orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu,
antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak
sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak
berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya
komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin
dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian
(berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan
lain-lain
Takrifan Kesantunan Oleh
Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar
(2000):
a) kesantunan mengikut
perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat
Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat
mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan
tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
b) Asmah Hj. Omar
(2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan
oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan
dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun.
-Strategi kesantunan
melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing,
pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan
martabat.
c) Asmah Hj. Omar
(2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah
kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara
satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan
adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli
masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam
mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan
didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau
agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala
pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh
masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat
tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang
bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan,
mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat
dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut
mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
II. Leech (1983),
menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti
III. J. Ferguson dan Das
Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan
bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan
peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan
budaya yang sama
-Ingin melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman
IV. Kesantunan dari
sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui
hadis-hadis:-
a) “Barang siapa yang
beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik
diam.”
b) “Sesungguhnya orang
yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang
yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang
itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik
itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia
mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian
saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah
kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah
hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik
manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah
dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat
kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup,
dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan
darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu
lebih penting daripada makan dan minum.
VII. Menurut Khalifah
Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang
merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya
membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
ISL( Nota Tambahan)
Kesantunan merupakan
kata-kata atau perlakuan yang:
sesuai
tidak menimbulkan
konflik
sentiasa menjaga air
muka pendengar
ikhlas
merangkumi hubungan
antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
Pada umumnya, bahasa yang sopan
mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan
seperti ibarat kata bijak pandai;
Tutorial 3
1. Jelaskan konsep
kesantunan mengikut kefahaman dan budaya anda sendiri setelah mengikuti kuliah
tentang konsep kesantunan.
Kesantunan merupakan
aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat
tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
Kesantunan dapat dilihat
dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan
memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam
pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun
tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat
kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi
belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan
kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib,
tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti
'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi
tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu
berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara
orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu,
antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak
sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak
berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya
komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
2.Berikan ulasan anda
terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh
dunia.
Asmah Hj. Omar (2000),
telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah
kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara
satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan
adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli
masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam
mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan
didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau
agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala
pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh
masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat
tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang
bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan,
mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat
dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut
mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
3.Jelaskan perbandingan
konsep kesantunan berdasarkan pelbagai bangsa di Malaysia.
Agama Islam
Kesantunan dari sudut
Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui
hadis-hadis: “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka
hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
Penganut agama Islam
sentiasa berpegang kepada ajaran agama yang meminta umat Islam untuk bertutur
dengan baik iaitu secara sopan santun supaya dapat diberkati oleh Tuhan.
Agama Buddha
Ajaran agama Buddha juga
mengajar penganutnya supaya bersantun semasa menjalankan pergaulan seharian.
“Mempunyai pemikiran
yang baik, bercakap dengan baik, melakukan perkara yang baik.”
Ketiga-tiga prinsip ini
merupakan asas yang perlu dipegang kepada penganut agama Buddha. Oleh yang
demikian, penganut akan sentiasa memegang pinsip “bercakap dengan baik” semasa
bergaul dengan orang lain. Bersopan santun sentiasa diamalkan oleh penganutnya
apabila bertutur dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang
lain.
Agama Hindu
Bagi masyarakat
India,terdapat salah satu prinsip Tiga Kerangka Dasar yang mendidik penganut
Agama Hindu supaya mengamalkan sifat kesantunan dalam kehidupan seharian, iaitu
susila (Etika).
Susila (Etika): Berbudi
pekerti mulia apabila berkomunikasi antara satu sama lain untuk mewujudkan
hubungan harmoni sesama manusia.
Kaum India akan berpegang
kepada prinsip susila dalam Tiga Kerangka Dasar agama Hindu dengan bersifat
bersopan santun, lemah lembut, halus, beradab dan berbudi pekerti mulia semasa
menjalankan perbualan seharian.
PENJAGAAN MUKA SEBAGAI
ASAS KESANTUNAN
Konsep kesantunan
·
Perlakuan
yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)
·
Usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)
·
Perlakuan
yang mewujukan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial
(Leech,1983:104)
·
Kesantunan
diukir berdasarkan penggunaan kata-kata dan perlakuan seseorang individu.
Konsep Penjagaan Muka
Sebagai Asas Kesantunan
Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada
air muka (Asmah,2000:101)Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga
tercipta pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka.
Antaranya ialah :
·
Muka
tarpal
·
Muka
sengkalan
·
Muka
bantal
·
Meka papan
1. Penciptaan peribahasa yang banyak itu
mempunyai satu makna menunjukkan bahawa orang melayu sangat mementingkan malu
dan air muka.
2. Malu dapat fahami sebagai suatu nilai
suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan diterima sebagai
mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa.
3. Menurut Islam, malu ialah perasaan yang
mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan
segala tang terpuji.
4. Konsep malu dalam masyarakat Melayu
begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak.
5. Menurut Zainal Kling (1980), konseo
malu itu meliputi pelbagai segi pergertian termasuklah yang paling tinggi yang
berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga dan masyarakatnya.
6. Seseorang perlu mengelakkan dirinya
daripada menerima malu atau memberi malu kepada orang lain.
7.
Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa tertekan
dan mudah hilang pertimbangan.
8. Dalam hikayat sastera klasik, terdapat
beberapa peristiwa peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang berlaku
disebabkan seseorang itu dimalukan
9. Contohnya, balas dendam Jebat ke atas
Sultan Melaka kerana telah memalukan Tuah yang dijatuhi hukuman bunuh kerana
dituduh bermukah (zina) dengan perempuan istana.
10. Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan
sahaja melibatkan perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita boleh juga
memalukan kl=eluarha dan masyarakat.
11. Oleh itu, lahirlah peribahasa
“menconteng arang di muka” yang bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan
malu dan aib kepada keluarka.
12. Antaranya sesuatu tindakan yang
terkeluar daripada kehendak dan norma masyarakat, seperti seorang gadis “Kahwin
lari”, maka tindkaannya dikatakan tindakan yang tidak santun kerana telah
melanggar adat masyarakatnya.
13. Anggota masyarakat yang sanggup
memalukan s=diri sendiri dan ahli keluarga dianggap tidak bermaruah.
14. Maruah dan harga diri seseorang perlu
dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu (Penjagaan air muka)
15. Konsep malu dalam masyarakat Melayu
adalah bertujusn untuk maruah dan air muka.
16. Malu juga boleh berpunca daripada
penggunaan bahasa.
17. Sewaktu berinteraksi, orang Melayu
ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
18. Perkataan yang kelaur dari bibir
hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga
dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.
19. Mulut ialah salah satu anggota yang
sangat perlu dijaga memandangkan mulut merupakan bahagian anggota yang
mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka.
20. Mulut boleh mendatangkan malu kepada
diri sendiri dan orang lain.
21. Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap
hari perlu dikawal dan orang Melayu sangat memberatkan perkara ini.
22. Ini jelas dengan penciptaan peribahasa
seperti “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
23. Orang Melayu juga tidak boleh menerima
orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampai-nyampaikan cerita orang lain
daripada seorang kepada seorang yang lain sehingga dia dikatakan seperti “mulut
tempayan”
24. Percakapan seseorang juga tidak boleh
berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain terhadapnya
sehingga dianggap seperti “mulut murai”.
25. Orang Melayu juga memberatkan
penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk kata-kata.
26. Penjagaan lidah sama penting dengan
penjagaan mulut kerana itu ada peribahasa yang berkaitan dengan lidah yang
buruk seperti “lidah bercabang”, “lidah buaya”, “lidah tidak bertulang”.
27. Namun, sekiranya lidah itu digunakan
secara positif (santun), maka dikata “lidah manis” dan “lidah pendita” (Mohd
Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999:127)
28. Dalam membincangkan tugas mulut dan
lidah, kita tidak boleh mengabaikan soal hati.
29. Ini adalah kerana hatilah yang
mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut,
30. Oleh itu, kata-kata menggambarkan kati.
31. Hati yang baik
akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
ISL(Nota Tambahan)
Kita boleh mengelakkan
pelbagai masalah jika percakapan kita baik. Antaranya adalah pergeseran,
pertelingkahan ataupun perselisihan faham dapat dielakkan. Selain itu,
persekitaran yang aman damai dan harmoni dapat diwujudkan jika seluruh
masyarakat bertutur dengan sopan dan santun.
Perkara ini ada disebut
oleh Raja Ali Haji (2000:8) di dalam gurindamnya seperti yang berikut:
"Apabila
terpelihara lidah,
Nescaya dapat
daripadanya faedah."
Maksudnya adalah kita
dapat memperoleh pelbagai faedah jika kita boleh mengawal lidah kita iaitu
percakapan kita.
Manakala mengenai hati
pula, Raja Ali Haji seterusnya berkata:
" Hati itu kerajaan
di dalam tubuh,
Jikalau zalim, segala
anggota pun roboh."
Maksudnya adalah hati
merupakan anggota badan yang menguasai dan mengawal segala tingkah laku serta
percakapan kita. Seandaiya hati kita jahat, maka tingkah laku serta percakapan
kita pun jahat juga.
"Tapi sayang
Tatkala bahasa disalah
guna
Oleh lidah bercabang dua
Segala yang indah
menjadi nista
Binasalah badan seluruh
anggota
Bagai bunga kembang tak
jadi"
(Sajak Bahasa,Norlila
Abdul Ghani)
Rangkap sajak ini
membawa maksud menggunakan kata-kata yang salah dalam percakapan akan membawa
binasa kepada seseorang itu. Penulis sajak ini menasihati pembaca supaya
bercakap dengan berhati-hati dalam kehidupan seharian.
"Ke tanah seberang
satu purnama,
Duduk bertamu rumah
saudara;
Kalau bertutur dengan
sempurna,
Nahu tersusun santun
terjaga."
(Pantun Bahasa)
Penulis menasihati
pembaca supaya bertutur dengan sempurna iaitu dengan sopan santun, halus dan
menggunakan kata-kata yang baik supaya kesantunan kita terjaga.
Tutorial 4
1. Jelaskan konsep
penjagaan muka mengikut kefahaman anda sendiri.
· Merujuk kepada air muka
· Berkait rapat dengan maruah diri.
· Terdapat pelbagai peribahasa yang
berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini
menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
· Sesuatu perlakuan yang buruk yang
mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
· Sewaktu berinteraksi, orang Melayu
ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
· Penggunaan bahasa dan perkataan yang
keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang
memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
· Mulut boleh mendatangkan malu kepada
diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
· Penjagaan lidah juga penting kerana
terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah
buaya, dan lidah tidak bertulang.
· Percakapan juga tidak boleh
berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
· Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah
yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh
itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
2. Mengapakah penjagaan
muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat?
---Dapat mewujudkan
perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
· Masyarakat Malaysia yang berbudi
bahasa akan saling menghormati dan membantu tanpa mengira bangsa, kepercayaan,
budaya serta agama.
· Masyarakat akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira serta merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
· Perselisihan faham antara kaum atau
rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan.
· Hubungan silaturahim antara masyarakat
Malaysia dapat dieratkan dan secara tidak langsungnya perpaduan antara rakyat
Malaysia dapat dipupuk.
---Melahirkan masyarakat
yang lebih bertamadun.
· Masyarakat yang bertamadun merupakan
masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur
(berbudi bahasa) selain pencapaian lahiriah.
· Dengan adanya masyarakat yang
bertamadun, suasana persekitaran yang aman damai dapat diwujudkan.
3.Air muka seseorang
dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang
sesuai.
a. Menggunakan perkataan
atau ayat yang tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri semasa
bertutur . Contoh: Jojo tidak
menggunakan bahasa yang kesat dan kasar semasa bertutur kerana dia mengetahui
bahawa perkataan-perkataan tersebut memalukan diri sendiri.
b. Bertutur dengan lemah
lembut, halus, tidak meninggikan suara semasa bercakap untuk menjaga muka
sendiri (maruah diri). Contoh: Nana selalu menggunakan nada suara yang rendah
dan lembut semasa bertutur dengan orang lain supaya orang lain selesa mendengar. Hal ini secara
tidak langsungnya akan menjaga muka Nana
kerana dia bersopan santun.
c. Tidak bercakap bohong
kerana hal ini boleh menjejaskan kepercayaan orang lain terhadap kita. Contoh: Ben
seorang yang tidak suka bercakap bohong
dan dia selalu berkomunikasi dengan orang lain secara jujur dan iklhas. Dengan
ini, Ben telah memperoleh kepercayaan ramai kawannya. Rakan-rakan selalu memuji
personaliti Ben dan mereka suka bergaul dengannya. Secara tidak langsung, muka
(maruah) Ben dapat dijaga.
d. Bersifat merendah
diri dan tidak sombong semasa manjalankan perbualan dengan orang lain supaya
tidak dibenci oleh orang lain. Contoh: Chong disukai oleh rakan-rakannya kerana
dia tidak bersikap sombong semasa dipuji
oleh orang lain walaupun dia selalu
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sebaliknya, dia bersikap rendah
diri. Sikap merendah diri dapat membantunya untuk menjaga muka (maruah) Chong
kerana rakan-rakan suka bergaul dengannya.
Kesantunan Merentas
Budaya
Konsep
Budaya atau kebudayaan
(daripada perkataan Sanskritbuddayah, yang merupakan kata jamak bagi
perkataanbuddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal.)
Secara amnya, budaya
membincangkan hal-hal berkaitan dengan budi dan akal manusia.
Kebudayaan mempunyai
hubungan erat dengan masyarakat.
Edward B. Taylor melihat
budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
Di dalam pengertian yang
luas pula, budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh
manusia.
Di dalam bahasa Inggeris,
kebudayaan disebut sebagaiculture, yang berasal daripada perkataan Latin
coloreyang bermaksud menanam atau mengerjakan.
Kebudayaan mempunyai
hubungan erat dengan masyarakat.
Lakoff (1975)
mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Fraser dan Nolan (1981)
pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
Selain itu, kesantunan
dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar
(Brown dan Levinson, 1987).
Jadi, konsep kesantunan
tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika
tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.
Manusia boleh bertopeng
dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
Kesantunan merupakan
aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi
prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
Seseorang itu boleh
menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan
tersebut belum pasti menggambarkan
keihklasannya.
KESANTUNAN MERENTAS
BUDAYA
•Konsep kesantunan tidak
harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
•Konsep kesantunan
merentas budaya yang pelbagai.
•Pemahaman tentang apa
yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
•Bila proses komunikasi
melibatkan pelbagai budaya.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
•Komunikasi silang
budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan
terhadap hubungan.
•Komunikasi silang
budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
•Komunikasi ini berlaku
apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status
sosial.
•Komunikasi silang budaya
ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks
pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
•Jadi segala komunikasi
yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan
sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.
Nilai-nilai kesantunan
dalam masyarakat Melayu:
1. Berpegang kuat pada adat resam dan agama
·
Kaum
Melayu perlu mematuhi segala ajaran agama Islam dan tidak boleh melanggari
ajaran agama.
·
Kaum
Melayu tidak boleh melakukan aktiviti yang melanggari ajaran agama Islam
seperti minum arak dan makan makanan yang tidak halal dan sebagainya.
2. Memberi salam apabila bersua
·
Memberi
salam sambil bertanya khabar apabila berjumpa dengan orang lain sama ada orang
yang dikenali atau tidak merupakan tingkah laku yang sopan santun dalam
kalangan masyarakat orang Melayu.
3. Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
·
Menyampuk
adalah perbuatan yang tidak santun terutamanya apabila orang tua sedang
bercakap. Orang muda seharusnya menumpukan perhatian apabila orang tua sedang
bercakap dan hanya bertutur selepas orang tua sudah habis bercakap.
4. Kata sapaan
·
Kata
sapaan merupakan kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa
untuk menegur atau menyapa seseorang, sama ada dalam konteks rasmi ataupun
tidak rasmi.
·
Dalam
kalangan masyarakat Melayu, kata sapaan boleh dipengaruhi oleh faktor umur,
status, kedudukan, pangkat seseorang dalam masyarakat. Selain itu, kata sapaan
juga dipengaruhi oleh kedudukan seseorang dalam keluarga.
5. Kata gelaran
·
Gelaran
merupakan suatu kata awalan atau akhiran yang ditambah kepada nama seseorang
sama ada menandakan darjah kebesaran atau kedudukan seseorang secara rasmi
tidak tidak kira ia adalah kelayakan professional atau akademik.
·
Contohnya,
Ph.D, MD, IEng dan sebagainya.
6. Panggilan
·
Kata
panggilan sebenarnya lebih kurang sama dengan kata sapaan.
·
Contohnya,
panggilan ayah, ibu, adik, abang, kakak dan sebagainya yang digunakan di dalam
sebuah keluarga.
7. Bersalam
a. Bersalam adalah budaya masyarakat Melayu.
b. Bersalaman mestilah dibuat dengan menggunakan cara yang
betul supaya kedua-dua belah pihak dapat merasai kasih sayang dan silaturahim
serta dapat memahami antara satu sama lain.
8. Bertanya khabar
a. Bertanya khabar juga merupakan budaya masyarakat Melayu.
Tingkah laku ini lazimnya akan dibuat selepas bersalaman antara satu sama lain.
b. Bertanya khabar bertujuan untuk memahami antara satu sama
lain dengan lebih mendalam.
- Melayan tetamu
a. Dalam ajaran Islam, umat Islam dituntut untuk melayan
tetamu yang pergi ke rumah tuan rumah dengan layanan yang paling baik.
b. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan
tetamu dengan memberi layanan kepadanya."
- Menghormati orang tua
- Menghormati dan berbakti kepada kedua-dua orang tua bagi masyarakat Melayu adalah wajib.
- "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa". (QS. An-nisa : 36)
- Demikian Allah SWT sudah menetapkan perintah- Nya agar anak haruslah berbuat baik kepada kedua -dua orang tua.
Nilai-nilai kesantunan
dalam masyarakat Cina
- Tunduk ketika memberi salam.
- Bagi masyarakat Cina, tunduk ketika memberi salam adalah dianggap sebagai satu tingkah laku yang sopan santun.
- Tingkah laku ini bertujuan untuk menunjukkan perasaan hormat dalam hati kita terhadap orang lain.
- Orang tua makan dahulu.
- Dalam "Di Zi Gui" iaitu karya yang ditulis oleh Li Yu Xiu (1662-1722), penulis telah menasihati orang muda supaya sentiasa memberi keutamaan kepada orang tua semasa makan. Orang muda mesti menunggu orang tua makan dahulu sebelum mereka mula menjamu selera.
- Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
- Masyarakat Cina harus menunggu sehingga semua ahli keluarga tiba di depan meja makan sebelum mereka mula menjamu selera. Perbuatan ini dianggap sebagai tanda penghormatan terhadap semua ahli keluarga.
- Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi dan kasut.
- Bagi masyarakat Cina yang menganuti agama Buddha, mereka tidak dibenarkan untuk memakai topi dan kasut semasa bersembahyang di dalam tokong. Hal ini kerana perbuatan ini akan dianggap tidak menghormati Tuhan.
- Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
- Selain di dalam tokong, masyarakat juga digalakkan untuk menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah seseorang. Perbuatan ini adalah untuk menghormati tuan rumah.
Nilai-nilai kesantunan
dalam masyarakat India
- Duduk bersila semasa makan.
- Masyarakat India perlu duduk bersila semasa makan kerana cara duduk ini merupakan cara duduk yang tepat serta sopan semasa mereka menjamu selera.
- Tidak membazirkan makanan.
- Kaum India tidak dibenarkan untuk membazirkan makanan kerana perbuatan ini dianggap tidak beretika serta tidak santun.
- Senyap semasa bersembahyang.
- Semasa bersembahyang, masyarakat India perlu senyap dan tidak boleh bising di dalam kuil. Perbuatan ini adalah untuk menghormati Tuhan.
- Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
- Sama seperti kaum Cina, kaum India tidak dibenarkan memakai kasut semasa masuk ke dalam kuil kerana perlakuan ini dianggap tidak menghormati Tuhan.
- Bersalam dengan orang yang lebih tua.
- Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua di mana-mana tempat, masyarakat India perlulah bersalam dengan mereka terutamanya orang tua yang dikenali sebagai tanda penghormatan terhadap mereka.
Kesantunan Merentas
Budaya dari Segi Pendidikan
•Kerjaya sebagai seorang
guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai
kaum
•Jadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:
i. kesantunan berpakaian
•Jadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:
i. kesantunan berpakaian
→ Peraturan Tatatertib
dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang
orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian
pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang
terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
ii. Kesantunan tingkah laku
→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.
→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.
iii. Kesantunan
berkomunikasi
→Ketika berkomunikasi,
guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar
menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan
dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
→Perkataan atau bahasa
yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika berkomunikasi.
→ Guru yang tidak dapat
menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai
seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak
berbudaya.
→Guru seharusnya menjaga
tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki
bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun muridmenunjukkan
tingkahlaku yang bermasalah.
→ Guru juga menjadi
teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur
katanya.
Tutorial 5
1.Jelaskan konsep
kesantunan merentas budaya berdasarkan kefahaman anda sendiri.
•Konsep kesantunan tidak
harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
• Konsep kesantunan
merentas budaya yang pelbagai.
• Pemahaman tentang apa
yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses
berkomunikasi.
• Bila proses komunikasi
melibatkan pelbagai budaya.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA.
•Tahap silang budaya
boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah
laku, sistem kodserta tanggapan terhadap hubungan.
•Pandangan terhadap
dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang
dipegang dan ia adalah sukar diubah.
•Setiap budaya mempunyai
tanggapan masing- masing mengenai apa yang betul atau salah.
2.Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
2.Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
•Perbuatan mencium pipi
wanita (Perspektif orang Barat &Timur)
-Barat- sebagai tanda menghormati tetamu
-Timur- tidak bersopan
•Pandangan mata secara
terus (Perspektif orang Jepun &Barat)
-Jepun- perbuatan yang tidak merendah
diri
-Barat- dianggap menyimpan muslihat dan
bersikap sangsi
terhadap sesuatu jika tidak melakukan pandangan mata
terhadap sesuatu jika tidak melakukan pandangan mata
•Cara melayan tetamu
jika sibuk ( Korea&Melayu)
-Korea- memberitahu secara terus,menyuruh tetamu
balik
-Melayu- mengutamakan tetamu
•Reaksi terhadap sesuatu
yang tidak puas hati (Barat&Timur)
-Barat- berterus terang,berbincang dan
mengharmonikan kembali suasana
-Timur- memendam rasa.
No comments:
Post a Comment