Monday, 7 September 2015

GSB BAB 3



BAB 3 BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


Kesantunan Verbal

Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.

Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya
Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat


Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
ØBahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.
Lihat contoh berikut:
-Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
-Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
-Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
-Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
-Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

-Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

-Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).



10. Gelaran Kurniaan
Ø Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

ØPendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
ØGelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi
Yang di-Ppertuan Aagong dan Raja Permaisurii Agong - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Pmaisuri- Duli Yang Maha Mulia
Raja Mudah atau Tengku Mahkota- Duli Tang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib - Yang Amat Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri- Yang Amat Berhormat.
 Menteri, Ahli Perlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri - Yang Berhormat Mulia
Ketua Haki Nnegara - Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara - Yang Amat Setia
 Hakim- Yang Arif









Kesantunan Non Verbal
-Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.

-Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.

-Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.
iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.

iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.

v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.

Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal

i. Gerakan Anggota Badan
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh

ii. Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
ØMata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
ØMata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ØTidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
·         Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
·         Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Contohnya :
o   Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
o   Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam / tolong senyap.
o   Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
o   Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka
·         Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
·         Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
·         Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
Contohnya :
o   Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
o   Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
o   Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
o   Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

ISL (Nota Tambahan)
a.    Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non verbal.
b.    Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada segi verbal atau pun non verbal.
c.    Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia.
d.    Hal ini kerana kesantunan berbahasa ini sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta.
e.    Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang.
f.     Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu dalam membangkitkan, menanam sifat kesantunan ini agar kita semua mendapat manfaatnya.

KESANTUNAN LISAN
Ø  Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya.
Ø  Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya.
Ø  Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
·         Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
·         Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
Ø  Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
Ø  Ini bermakna ia dinilai dengan dilihat serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
Ø  Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
Ø  Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
Ø  Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
·         Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
·         Suara dan intonasi yang sopan.
·         Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
·         Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
·         Penggunaan sistem panggilan yang betul.
·         Gaya bahasa yang sesuai.
·         Isi perbincangan yang tidak sensitif.

Ø  Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
·         Gaya percakapan yang sopan
·         Pandangan mata yang sesuai
·         Gerak laku yang bertatasusila
·         Mimik muka yang positif
·         Hanyunan tangan yang sesuai
·         Imej diri
Ø  Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk :
·         Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
·         Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
Ø  Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
Ø  Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
Ø  Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik' dan 'saudara'.
Ø  Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu.
Ø  Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
Ø  Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat.
Ø  Semasa seseorang individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antaranya dengan  orang yang dilawan bercakap serta statusnya.
Ø  Dalam komunikasi seharian, seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain.
Ø  Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.
Ø  Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi.
Ø  Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri.
Ø  Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya.
Ø  Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap.
Ø  Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai.
Ø  Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur  dan pendengar.
Ø  Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan.
Ø  Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut.
Ø  Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati.
Ø  Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.  
Ø  Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
Ø  Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
Ø  Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
Ø  Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
Ø  Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
Ø  Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
Ø  Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri seseorang. 
Ø  Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak).
Ø  Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat.
Ø  Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan Bahasa Kasar

Kesantunan Penulisan

a)     Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
b)     Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
c)     Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
d)     Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :
v  Surat kiriman rasmi
v  Laporan
v  Kertas kerja
v  Ucapan rasmi
v  Pidato
v  Minit mesyuarat
e)     Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain-lain.
f)      Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
v  Penggunaan kata panggilan yang betul
v  Kata sapaan yang betul
v  Gaya bahasa yang tepat
v  Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
v  Isi yang tidak sensitif
Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo
"Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ..."
"Yang Berbahagia Dato’ diundang ...
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji ........."
"Saya bersetuju untuk meluluskan ..." lebih sopan lagi dengan frasa "Saya tiada halangan meluluskan ..."
Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini disertakan ...”



·  Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
v  Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
v  Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
v  Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
v  Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
v  Suara dan intonasi yang sopan.
v  Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
v  Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
v  Penggunaan sistem panggilan yang betul.
v  Gaya bahasa yang sesuai.
v  Isi perbincangan yang tidak sensitif.
·  Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
v  Gaya percakapan yang sopan
v  Pandangan mata yang sesuai
v  Gerak laku yang bertatasusila
v  Mimik muka yang positif
v  Hanyunan tangan yang sesuai
v  Imej diri
·  Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk :
v  Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
v  Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
v  Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.

·  Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.
·  Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
· Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
· Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau saudari.
· Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.

No comments:

Post a Comment