BAB 3 BENTUK DAN JENIS
KESANTUNAN
Kesantunan Verbal
•Komunikasi
seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
•Dikenali
sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan
berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan
bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
•Dalam
masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa
melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat
bahasa
tersebut.
•Contohnya,
bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam
apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.
Apa khabar?, lama kita
tidak berjumpa.
Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima
kasih, Sila duduk dan sebagainya
Semasa kita berkomuniksi
komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan
sintaksis digunakan
Fonetik dan fonologi
berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
Sintaksis ialah
ayat-ayat yang digunakan secara betul
Morfologi berkaitan
dengan struktur, bentuk dan golongan kata
Semantik berkaitan
dengan makna kata atau ayat
Aspek-aspek Kesantunan
Verbal
1.Cara sapaan
lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap
sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2. Kehalusan budi bahasa
dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
ØBahasa halus mengikut
Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata
tertib.''
3. Dalam kesantunan
berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran,
rujukan hormat dan ganti nama.
4. Kesantunan berbahasa
mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
5. Kesantunan berbahasa
juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras
bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
6. Kata dan ungkapan
bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan
ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.
•Lihat
contoh berikut:
-Pak cik- digunakan
untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
-Mak cik - digunaka
untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
-Tok -digunakan untuk
orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek
kendiri.
-Abang - digunakan untuk
orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
-Kakak - digunakan untuk
orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk
orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.
7. Sistem panggilan
kekeluargaan terbahagi kepada:
i.a. Panggilan
kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long,
Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik,
Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama
kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak
dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan
Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Sistem panggilan
kekeluargaan ikatan perkahwinan
•
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak
Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk
merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan
mentua.
Contoh: abang ipar, kak
ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
8. Gelaran Pergaulan Tak
Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk
lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan
orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh
digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada
kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan
sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan
perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan
untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri
atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri
atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan
sebagainya.
- Saudari - digunakan
untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran
saudara.
- Tetuan - hanya
digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir
syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran
Sdn. Bhd.)
9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak,
Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku
(Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
-Gelaran keturunan
orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku
(Brunei
Darussalam), Tan (di
Kedah) dan Tun (Terengganu)
-Gelaran warisan kepada
keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah
bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan
Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
-Gelaran warisan
daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng
(Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
10. Gelaran Kurniaan
Ø Tun, Toh Puan, Puan
Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk
Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor),
Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
ØPendeta Za'aba (gelaran
kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga
(1956).
ØGelaran Bapa
Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
11. Kata Panggilan dalam
majlis rasmi
Yang di-Ppertuan Aagong
dan Raja Permaisurii Agong - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.
Sultan, Raja, Sultanah,
Tengku Ampuan, Raja Pmaisuri- Duli Yang Maha Mulia
Raja Mudah atau Tengku
Mahkota- Duli Tang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib -
Yang Amat Mulia
Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri- Yang Amat Berhormat.
Menteri, Ahli Perlimen, Ahli Dewan Undangan
Negeri - Yang Berhormat Mulia
Ketua Haki Nnegara -
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara -
Yang Amat Setia
Hakim- Yang Arif
Kesantunan Non Verbal
-Kesantunan non verbal
ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh
dengan cara beradab dan sopan.
-Bahasa tubuh merupakan
proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti
melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.
-Lima fungsi bahasa
bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan
(repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian
(substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.
iii. Kontradiksi
(contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna
lain menggunakan pesan non verbal.
iv. Pelengkap
(complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
v. Penegasan (accenting
/ moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-Aspek Kesantunan
Non Verbal
i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan
anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna
tertentu.
• Oleh
itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang
dihasilkan.
•
Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh
semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh
ii. Gerakan Mata
•Gerakan
mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
Mata yang bergerak ke
sana ke mari menunjukkan tidak berminat
ØMata dan dahi berkerut,
menunjukkan minat tetapi tidak percaya
ØMata berkelip lebih
laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ØTidak memandang mata
menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
·
Gerakan
tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa
mengira latar belakang kebudayaan.
·
Gerakan
tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan
komunikasi yang berlaku.
Contohnya :
o
Isyarat
gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
o
Terdapat
juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang
bermakna diam / tolong senyap.
o
Isyarat
gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk
membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
o
Secara
sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan
tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka
·
Riak
air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya
dalam komunikasi tanpa lisan.
·
Air
muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
·
Riak
air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap
seseorang.
Contohnya :
o
Melalui
pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui
banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
o
Merupakan
suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi.
Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
o
Ahli
komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati
air mukanya.
o
Riak
air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, untuk
membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang
jernih.
ISL (Nota Tambahan)
a. Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya,
kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal
dan non verbal.
b. Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat
ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda
masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada
daripada segi verbal atau pun non verbal.
c. Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah
dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh
dunia.
d. Hal ini kerana kesantunan berbahasa ini sangat penting
sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah
air tercinta.
e. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga
hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan
mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang.
f. Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama
berganding bahu dalam membangkitkan, menanam sifat kesantunan ini agar kita
semua mendapat manfaatnya.
KESANTUNAN LISAN
Ø
Kesantunan
berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara,
ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat,
protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua,
pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya.
Ø
Kesantunan
berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara,
ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat,
protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua,
pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya.
Ø Kesantunan
dalam komunikasi lisan melibatkan :
·
Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan
halus.
·
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan
bertatasusila.
Ø Dalam
komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar
dan dilihat serta-merta.
Ø Ini
bermakna ia dinilai dengan dilihat serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan
yang serta-merta juga.
Ø Baik
budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
Ø Buruk
budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
Ø Dari
segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
·
Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan
sikap yang sopan.
·
Suara dan intonasi yang sopan.
·
Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
·
Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
·
Penggunaan sistem panggilan yang betul.
·
Gaya bahasa yang sesuai.
·
Isi perbincangan yang tidak sensitif.
Ø Dari
segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian
ialah :
·
Gaya percakapan yang sopan
·
Pandangan mata yang sesuai
·
Gerak laku yang bertatasusila
·
Mimik muka yang positif
·
Hanyunan tangan yang sesuai
·
Imej diri
Ø Komunikasi
secara lisan terdapat dalam bentuk :
·
Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan,
pidato, forum
·
Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon,
perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
Ø Komunikasi
lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
Ø Sebagai
contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga
kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
Ø Dalam
keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti 'cik' atau
'saudari', 'encik' dan 'saudara'.
Ø Orang
tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik'
kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu.
Ø Maka
'encik' dan 'puan' lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak
kita kenal.
Ø Kesantunan
berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata
sapaan atau panggilan hormat yang tepat.
Ø Semasa
seseorang individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan
kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi
antaranya dengan orang yang dilawan
bercakap serta statusnya.
Ø Dalam
komunikasi seharian, seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata
tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain.
Ø Penggunaan
perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh
mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka
kawan yang dilawan bercakap.
Ø Masyarakat
menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan
dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi.
Ø Bahasa
sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri.
Ø Penggunaannya
juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya.
Ø Ada
ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan
seseorang yang dilawan bercakap.
Ø Kesimpulannya,
Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks
yang sesuai.
Ø Kesalahan
penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di
antara penutur dan pendengar.
Ø Ini
disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam
situasi yang berlainan.
Ø Kata
sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam
menggunakan bahasa tersebut.
Ø Situasi
formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap
penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka
hati.
Ø Hal
ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau
berbudi bahasa.
Ø Pemilihan
kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu
majlis atau urusan yang berkenaan.
Ø Ragam
bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan
hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
Ø Dalam
semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam
bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi
peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik
mahupun pragmatiknya.
Ø Penutur
untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi
sistem bahasa.
Ø Bahasa
yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem
sosial.
Ø Sebagai
contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah
menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
Ø Kata
ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri
seseorang.
Ø Secara
umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri
orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal
dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak).
Ø Masyarakat
Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau
membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan
sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat
atau status dalam masyarakat.
Ø Kata
Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri dengan
Bahasa Santun dan Bahasa Kasar
Kesantunan Penulisan
a) Komunikasi
bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk
lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
b) Kesantunan
berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo,
minit mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
c) Komunikasi
penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi
rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
d) Bentuk
komunikasi bertulis secara formal ialah :
v Surat
kiriman rasmi
v Laporan
v Kertas
kerja
v Ucapan
rasmi
v Pidato
v Minit
mesyuarat
e) Bentuk
komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat,
ibu bapa dan lain-lain.
f) Dalam
bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah
seperti:
v Penggunaan
kata panggilan yang betul
v Kata
sapaan yang betul
v Gaya
bahasa yang tepat
v Pemilihan
kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
v Isi
yang tidak sensitif
Contoh Kesantunan Berbahasa
dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo
"Dengan hormatnya
perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan
bahawa ..."
"Yang Berbahagia Dato’
diundang ...
Sayugia dimaklumkan bahawa
Tuan Haji ........."
"Saya bersetuju untuk
meluluskan ..." lebih sopan lagi dengan frasa "Saya tiada halangan
meluluskan ..."
“Di
sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini
disertakan ...”
·
Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan
:
v Penggunaan
bahasa yang sopan, beradab dan halus.
v Penggunaan
bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
v Dalam
komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar
dan dilihat serta-merta.
v Ciri-ciri
sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
v Suara
dan intonasi yang sopan.
v Pemilihan
kata dan ayat yang sopan dan halus.
v Penggunaan
kata sapaan yang betul dan sesuai.
v Penggunaan
sistem panggilan yang betul.
v Gaya
bahasa yang sesuai.
v Isi
perbincangan yang tidak sensitif.
·
Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek
kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
v Gaya
percakapan yang sopan
v Pandangan
mata yang sesuai
v Gerak
laku yang bertatasusila
v Mimik
muka yang positif
v Hanyunan
tangan yang sesuai
v Imej
diri
·
Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk
:
v Rasmi/formal
- mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
v Tidak
rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di
majlis kenduri
v Komunikasi
lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
·
Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat
dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.
·
Apabila kita menggunakan perkataan yang
beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan bahawanya kita
merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
·
Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
·
Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya
dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan
umurnya seperti saudara atau saudari.
·
Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah
memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.