Pemerdagangan manusia
Definisi pemerdagangan orang ertinya
segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau
perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut,
mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang
Isu pemedagangan berlaku kerana
kemiskinan. Penduduk di Negara yang mundur dan tidak maju ingin menaikkan taraf
kehidupan mereka. Oleh itu, mereka akan mengambil langkah untuk berimigrasi ke
Negara yang lebih maju untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih luas. Untuk
berimigrasi ke Negara lain, mereka perlu mencari agensi dan syarikat untuk
membantu mereka. Kesannya, ada agensi seperti agensi
perekrutan
yang mengambil kesempatan untuk membawa mereka yang ingin berimigrasi pergi ke
Negara lain secara haram. Selepas itu, mereka diikat perjanjian, diugut dan
dipaksa untuk bekerja sebagai buruh paksa tanpa gaji.
Punca berlakunya pemerdagangan kedua
yang kedua ialah permintaan buruh yang tinggi. Pihak sindiket akan mengambil
peluang permintaan buruh tenaga dari sesebuah Negara untuk mendapat keuntungan
yang banyak. Sindiket akan menyamar sebagai agensi pekerjaan dan membawa bayak
buruh dating ke sesebuah Negara. Selepas sampai ke destinasi, mereka akan
dijadikan dipaksa jadi buruh yang tidak dibayar gaji. Oleh itu, pihak sindiket
mendapat banyak wang dan tenaga secara percuma.
Di samping itu, pemerdagangan
manusia akan berlaku kerena penguatkuasaan undang-undang terlalu lemah. Hali
ini telah mengakibatkan masalah ini manjadi berleluasa. Pihak berkuasa harulah
memberatkan hukuman tentang jenayah pemerdagangan ini. Hukuman juga harus
dijatuhkan kepada pihak pekerjaan yang mengambil buruh daripada sindiket yang
menjalani aktiviti pemerdagangan manusia. Kalau tiada hukuman yang berat kepada
dalang sindiket ini, mereka akan lebih berani untuk melakukan aktiviti jenayah
ini.
Isu ini selalu berlaku di Negara
yang memerlukan tenaga buruh yang tinggi seperti Malaysia, Vietnam, Thailand
dan lain-lain.
Isu pemerdagangan manusia akan
member beberapa kesan kepada masyarakat dan Negara kita. Kesan yang pertama
adalah mencemarkan imej Negara. Malaysia merupakan antara 16 negara yang paling
buruk dalam menangani masalah ini. Hal ini akan menyebabkan Malaysia dianggap
sebagai Negara yang menpunyai sistem pentadbiran yang lemah dan tidak
menguatkuasakan undang-undang.
Kesan yang kedua ialah mengancam
keselamatan dan keamanan Negara. Manusia yang selalu dijadikan mangsa seperti
kanak-kanak dan wanita akan lebih berhati-hati semasa keluar dari rumah. Mereka
selalu dijadikan kerana mereka boleh diperalatkan dalam
Terdapat pelbagai langkah yang
berkesan boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini, tetapi langkah ini
harus betul-betul dapat membantu rakyat dan menegakkan keadilan. Seperti yang
kita tahu, setiap Negara mempunyai akta dan undang-undang masing-masing. Negara
boleh memperkenalkan dan memperketatkan undang untuk mengawal jenayah tersebut.Akta-
akta yang terdapat di Negara Malaysia ialah Akta Perlindungan Mangsa
Penyeludupan dan Keganasan 2000 dan Akta Antipermerdagangan Orang 2007. Kalau
tiada undang-undang untuk membasmi jenayah ini, pihak sindiket akan berani
untuk mejalankan aktiviti jenayah ini dan membesarkan perdagangan mereka. Menurut HII HIE ING, Akta Anti Pemerdagangan
Orang Dan Anti Penyeludupan Migran tahun 2007 yang dikuat kuasa pada 15 Nov
2010 perlulah diketatkan sebaik mungkin agar memberi keadilan dan perlindungan
kepada mereka.
Langkah yang kedua adalah mengetat
kemasukan pelancong asing. Negara kita mempunyai 262 pintu kemasukan. Walaupun
pintu kemasukan Negara kita sanyat dipercayai, tetapi pintu kemasukan ini juga
akan menyebabkan pertambahan jenayah ini. Selain itu, Kementerian Berkenaan harus bekerjasama dengan badan antarabangsa untuk
menangani pelbagai jenayah yang disumbang oleh warga asing. Selain itu, pihak
berkuasa juga boleh mengawal kemasukan warga asing dengan menggunakan Akta Imigresen. Akta ini
dapat mengesan kemasukan haram. Dengan langkah ini, Negara kita dapat
mengurangkan kejadian penyeludupan manusia.
No comments:
Post a Comment