Monday, 3 August 2015

ISU GEJALA BOHSI



ISU GEJALA BOHSI
Istilah bohsia merujuk kepada perempuan bergaul atau melakukan hubungan seks dengan lelaki secara bebas. Gejala menjadi semakin serius di Malaysia kerana pengaruh media massa.
Tidak dapat dinafikan, pengaruh negatif media massa merupakan salah satu punca kepada gejala bohsia. Malalui media massa, remaja telah didedahkan kepada pelbagai unsur-unsur barat yang mengutamakan keseronokan dan mereka terikut-ikut unsur tersebut. Contohnya, golongan remaja kini dipengaruhi oleh budaya pergaulan bebas. Mereka menganggapkan budaya ini sebagai suatu perkembangan fesyen. Adanya remaja yang lagi matang telah melintasi garisan pergaulan bebas dan melakukan perhubungan seks secara rambang. Selain itu, terdapat filem-filem yang berunsur keganasan dan lucah yang tidak sesuai kepada remaja telah disiarkan. Remaja yang menontonnya bernafsu untuk mencuba perbuatan filem-filem tersebut. Akhirnya, mereka terlibat kedalam lembah maksiat.
Faktor lain yang menyumbang kepada gejala bohsia ialah masalah keluarga. Banyak ibu bapa yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan anak-anak mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menggunakan sedikit masa untuk mencurahkan kasih saying mereka kepada anak. Akibatnya, anak-anak akan mengalami ketandusan kasih sayang. Selain itu, golongan remaja juga akan mengalami tekana daripada krisis keluarga seperti penceraian, pergaduhan, dan masalah kewangan. Kesanya,mereka yang hidup dalam keluarga porak peranda akan sanyat mendahagakan kasih sayang. Mereka akan cuba untuk mendapatkan kasih sayang daripada pihak luar seperti kekasih. Hal ini telah mendorong mereka terlibat dengan pergaulan bebas.
Sesetengah lelaki yang tidak bertanggungjawab juga mengakibatkan masalah bohsia. Lelaki macam ini akan menggunakan teknik-teknik dan perkataan yang manis untuk memikat teman perempuan. Lelaki begini akan menuntut teman perempuan mereka memenuhi nafsu mereka dengan janji mereka akan bertanggungjawab jika mereka sudah hamil. Realitinya, mereka akan melepaskan diri daripada tanggungjawab selepas perempuan hamil. Ada lagi kes yang lebih serius iaitu lelaki membawa teman perempuan mereka ke pusat hiburan malam. Di situlah banyak jenayah berlaku, sebagai contoh, persembahan tarian yang mengghairahkan dan pengambilan arak atau pil khayal. Wanita yang hilang kawalan akan melakukan perhubungan seks dengan lelaki yang dengan bebas.
Terdapat pelabagai kesan yang negatif kepada gejala bosiah. Antaranya ialah kelahiran anak luar nikah. Dalam proses pergaulan bebas, mereka mudah hamil dan mendapat anak yang tiada ayah. Adaya orang yang kejam akan mengambil langkah untuk mengugurkan anak mereka untuk mengelakkan diketahui oleh umum. Marcapada, perkara yang dikejutkan ialah golongan remaja merupakan golongan terbanyak untuk mengugurkan anak. Kebanyakkan mereka terlibat dengan gejala bohsia.Selain itu, gejala bohsia juga telah mencetuskan kes pembuangan bayi. Hal ini disebabkan terdapat bayi yang tidak diingini oleh ibu bapa akibat kgiatan seks bebas dan bohsia ibu bapa mereka. Ibu bapa takut diejek dan dicaci oleh umum dan mahu menyembunyikan perbuatan maksiat mereka. Oleh itu, mereka menbuang bayi selepas melahirkannya.
Kesan yang lain ialah perempuan yang terlibat dalam gejala bohsia mudah terjebak dalam pelancuran. Hal ini berlaku kerana sumber pendapatan menjadi pelacur yang lumayan. Biasanya, mereka yang terlibat dalam jenayah ini tidapk berpendidikan tinggi dan tidak ada peluang pekerjaan yang menpunyai hasil yang lumayan. Oleh itu, mereka akan tertarik kepada sektor pelacuran yang menguntungkan lagi boleh mendapat keseronokan.
Masyarakat yang melakukan seks secara rambang dengan gadis bohsia juga mudah menjangkiti penyakit. Gadis bohsia akan mudah merebak penyakit seks seperti kelamin, AIDS, dan HIV dan lelaki mudah manghidap penyakit-penyakit tersebut. Hali ini disebabkan mereka selalu bertukar-tukar pasangan dengan gadis bohsia yang lain. Kesannya, penyakit ini mungkin akan mengakibatkan kematian dan merebak kepada orang lain.
Gejala bohsia biasanya berlaku di pusat hiburan malam.
Kita boleh menangani masalah bohsia dengan mengawal media massa. Contohnya, filem-filem luar Negara yang berskala besar haruslah diklasifikasikan oleh kerajaan dan diteruskan. Filem jenis 18 SX dan 18 SG patut dilarang untuk ditayang kepada remaja yang bawah umur 18. Kerajaan juga boleh mengambil langkah untuk menapis adegen-adegen lucah dalam filem. Usaha untuk membanteras jenayah bohsia harus dipergiatkan supaya fikiran remaja tidak diracuni.
Di samping itu, bantuan yang diberikan kepada perempuan yang terlibat dalam gejala bohsia juga mementingkan. Kaunseling, perlindungan, dan bimbingan perlu dibekalkan kepada gadis yang terlbat. Penghinaan dan cacian masyarakat hanya akan menburukkan keadaan ini dan bukan menyelesaikannya. Gadis-gadis bohsia perlu dihantar ke pusat pemulihan untuk menerima rawatan pemulihan akhlak. Pendidikan moral dan agama perlu diterapkan ke sanubari mereka supaya mereka sedar dan insaf terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Dengan langkah ini, mereka akan menjauhkan diri daripada gejala bohsia.

No comments:

Post a Comment