Monday, 10 August 2015

Isu Penderaan Kanak-kanak



Penderaan Kanak-kanak

Penderaan dibahagikan kepada 4 jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosional, dan pengabaian kanak-kanak.
            Faktor penderaan kanak-kanak yang pertama ialah tekanan masalah ekonomi dan beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa. Ekonomi di Negara kita semakin merosot pad era globalisasi ini dan stress dari kerja menyebabkan ibu bapa yang perlu menyara ahli keluarga dan menampung pembelanjaan mereka menjadi panas baran. Mereka akan mudah untuk marah dan memerlukan sesuatu untuk melepaskan tekanan itu. Oleh itu, apabila anak-anak mereka nakal dan tidak mendengar nasihat mereka, mereka akan melepaskan stress pada badan anak-anak secara fizikal (pukul) tanpa had.
Faktor yang lain ialah kurangnya  didikan agama. Walaupun setiap keluarga dan ibu bapa ada mengamalkan agama masing-masing tetapi mereka tidak mengajarkan agama itu kepada anak-anak secara kukuh. Mereka haruslah mengajar anak-anak tentang agama mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang tidak mempunyai ajaran agaman yang kukuh dalam sanubari mereka biasanya akan menjadi lebih agresif dan melakukan perbuatan ganas. Dengan ajaran agama mereka akan lebih berpengetahuan dalam berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain. Mereka akan lebih bertolak ansur terhadap orang lain dan mengamalkan nilai-nilai yang murni. Selain itu, terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai penghayatan agama yang kuat. Hal ini akan menyebabkan mereka bertindak tidak  rasional dan sanggup mendera anak mereka. Sebagai ibu bapa yang matang, mereka haruslah berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang kukuh dan bukannya melepaskan geram terhadap mereka. Merka harus mencurahkan kasih sayang dan memberikan perhatian yang cukup terhadap anak-anak.
Penderaan kanak-kanak biasanya berlaku di dalam rumah dan dilakukan oleh ibu bapa anak-anak.  
Penderaan kanak-kanak telah meninggal banyak kesan kepada mangsa-mangsanya. Kesan yang pertama ialah gangguan perasaan. Mereka akan mengalami gangguan perasaan seperti malu, takut, rasa rendah diri, bersalah, rasa kekurangan, dan berbeza dengan orang lain. Selain itu, mereka juga sangat sensitif, orang lain sanyat mudah menyinggung perasaan mereka, mengalami stres , keliru, dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Mereka sangat mudah marah dan memendamkan pemarahan itu. Mereka juga akan menganggapkan diri mereka akan menyebabkan hubungan keluarga meretak.
            Kesan yang kedua adalah menghadapi masalah seksual. Usia mereka tidak memenuhi kematangan mereka. Oleh itu, mereka tidak akan menunjukkan minta terhadap perbuatan seks tetapi membencikannya. Mereka trend untuk menjadi diri sebagai peralatan seks dan terlibat dalam pelacuran. Semasa mereka melakukan perlakuan seks, mereka tidak akan mendapat kepuasan kerana kejadian silam yang menyebabkan jiwa mereka dihantui.
            Kesan yang ketiga ialah gangguan jiwa. Mereka akan mengalami fobia atau ketakutan dalam sesuatu keadaan seperti gelap. Mereka juga susah untuk berasa kecewa dan sentiasa mendera diri melalui menagih dadah, minum arak, dan mendera orang lain.
            Kesan yang seterusnya ialah masalah pembel. Kanak-kanak yang didera suka ponteng sekolah. Mereka selalu tidak belajar dengan baik. Oleh itu, mereka tidak dapat bercakap dengan fasih dan lancer. Mereka tidak dapat berkomunikasi baik dengan orang lain. Hal ini akan mengakibatkan mereka tidak mendapat pekerjaan dan menghadapi pengangguran.
            Kesan  yang berjangga pendek ialah kesakitan segera, masalah kesihatan, dan adanya yang lagi teruk ialah didera sampai mati.
            Masalah penderaan kanak-kanak dapat diatasi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak tidak harus bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka haruslah bersikap “jaga tepi kain orang” dengan mengetahui situasi sekeliling mereka. Oleh itu, mereka dapat menbendung kejadian penderaan kanak-kanak. Selain itu, mereka boleh mengambil tidakan pada masa yang terpantas selepas mengesan kejadian ini berlaku di sekeliling. Selain itu, masyarakat mestilah mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan dapat dikukuh sesame jiran. Hal ini dapat membanteras gejala ini berlaku secara tidak langsung. 

No comments:

Post a Comment