Monday, 24 August 2015

ISU SUMBANG MAHRAM


ISU SUMBANG MAHRAM

Pada era globalisasi ini, kita dapat melihat semakin banyak berita tentang kes-kes sumbang mahram terpapar pada akhbar. Persoalannya, apakah punca masalh sumbang mahram semakin berlelusa di Negara kita?
Punca yang perdana ialah kurangnya imam. Sumbang mahram sebenarnya tidak sama dengan kes rogol atau kes persetubuhan haram yang mengunjungi pelacur kerana kegiatan zina ini hanya melibatkan orang luar. Pelakuan sumbang mahram ialah pelakuan orang yang bermasalah mental dan mereka bernafsu terhadap darah daging ataupun melakukan perbuatan seks dengan mereka. Contohnya, seorang ayah merogol anak perempuannya atau seorang ibu melakukan perbuatan seks dengan anak lelakinya. Secara fitrahnya, ibu bapa biasanya tidak akan tertarik oleh anaknya keran darah daging seperti bayangan diri sendiri. Tetapi, peliknya mereka tergamak untuk melakukan perbuatan ini. Disebabkan lemahnya imam seseorang, mereka tidak dapat membezakan apa yang buruk apa yang baik dan melakukan perbuatan zina ini.
      Punca yang kedua ialah kemasukkan bahan lucah ke dalam negara. Hal ini bukan sahaja telah menyumbang kepada kes sumbang haram, malah kes jenayah seks yang lain. Remaja dan kanak-kanak pada zaman ini telah menjadi matang sebelum sampai masanya. Mereka biasanya boleh didedahkan melalui internet kerana internet terlau sukar untuk ditapis, dihalang, dan disekat. Pendedahan bahan lucah akan menyebabkan mereka ingin tahu dan ingin mencuba. Mereka ingin cuba untuk mempratikkan apa yang dalam bahan lucah dalam kehidupan mereka. Oleh itu mereka akan melempiaskan nafsu mereka kepada orang terdekat mereka. Dengan agama yang kukuh, mereka dapat mengawal nafsu mereka dengan baik. Cara yang terselamat dan paling mudah ialah melakukannya sesame diri sendiri.
            Punca yang ketiga ialah keruntuhan institut keluarga. Kebanyakkan ibu bapa pada era globalisasi ini sibuk bekerja dan mengejarkan wang untuk menyara kehidupan keluarga. Ada ibu bapa yang telah bercerai dan berpisah. Hal ini telah menyababkan mereka mangabaikan anak-anak mereka. Mereka tidak prihatin dan tidak mempeduli anak mereka, apa yang anak mereka buat di rumah, kolej, dan sekolah, dan tidak mengetahui tentang kawan anak mereka. Mereka juga tidak mengawal dan memantau anak-anak dengan baik dan menyebabkan kes sumbang mahram mudah berlaku antara adik-beradik.
            Kes subang mahram biasanya berlaku di dalam rumah mangsa sendiri.
            Kesan yang pertama ialah hubungan antara ahli keluarga akan retak. Kalau ibu bapa telah melakukan perlakuan sumbang mahram dengan anak-anak, mereka akan menyimpankan perasaan dendam terhadap ibu bapa. Anak-anak yang menjadi mangsa akan susah untuk dibimbing diberi nasihat keran tempat pergantungan kasih sayang dan harapan mereka telah hancur. Anak-anak sepatutnya mendapat kasih sayang yang penuh daripada ahli keluarganya seperti ibu dan bapa tetapi mereka yang diharapkan pula menganiayai sendiri. “Harapkan pagar, pagar makan padi.” Anak-anak akan mendapat kenangan yang sanyat pahit sebelum mereka menjadi matang.
            Biasanya, kes sumbang mahram berlaku di rumah. Hal ini berlaku apabila isteri keluar dan suaminya berteman dengan anak atau sebaliknya.
            Langkah yang pertama untuk menyelesaikan masalah ini ialah mengukuhkan institut keluarga. Dalam satu keluarga, ahli keluarga memerlukan komunikasi yang sanyat baik. Hal ini boleh menyemai kasih sayang secara tidak langsung. Dan Kekuatan keluarga dapat menjauhkan mereka daripada kes sumbang mahram. Buktinya kita tidak boleh mencemari ahli keluarga ialah ahli keluarga mempunyai DNA yang sama dengan kita.
            Langkah yang seterusnya ialah menjaga hubungan antara perempuan dan lelaki. Hubungan antara lelaki dan perempuan perlu ada batasannya supaya kedua-dua pihak tidak dikawal oleh nafsu dan melakukan sesuatu yang melanggar peraturan agama. Selain itu, penjagaan aurat juga amat penting kepada perempuan. Kanak-kanak perempuan juga digalakkan untuk menutup aurat dan berpakaian elok walaupun mereka tidak sampai umur. Hal ini digalakkan untuk menjauhkan kejadian sumbang mahram. Statistik menunjukkan kanak-kanak pada umur ini paling mudah dijadikan mangsa dan dinodai oleh pelaku mereka.
            Langkah yang ketiga ialah asingkan tempat tidur. Kanak-kanak dan penjaga yang berlainan jantina digalakkan asingkan tempat tidur mereka. Kanak-kanak perempuan juga digalakkan menguncikan pintu bilik mereka. Langkah keselamatan ini haruslah disemaikan dalam diri mereka dari kecil lagi.
Langkah yang lain ialah memberikan hukuman yang lebih berat kepada pesalah sumbang mahram. Hal ini
Langkah yang terakhir ialah memantapkan keimanan dalam diri setiap individu. Kita harus menyemaikan didikan agama dalam sanubari kita. Dengan ajaran agama yang kuat, kita tidak mudah dikawal oleh nafsu dan dapat menbezakan hitam putih serta tidak melakukan sumbang mahram. Selain itu, ibu bapa juga haruslah mengajarkan didikan agama yang kukuh kepada anak-anak dan cara untuk melindungi diri sendiri semasa menghadapi masalah ini.


 

Monday, 17 August 2015

Isu Pemerdangan Manusia


Pemerdagangan manusia
 Definisi pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang
Isu pemedagangan berlaku kerana kemiskinan. Penduduk di Negara yang mundur dan tidak maju ingin menaikkan taraf kehidupan mereka. Oleh itu, mereka akan mengambil langkah untuk berimigrasi ke Negara yang lebih maju untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih luas. Untuk berimigrasi ke Negara lain, mereka perlu mencari agensi dan syarikat untuk membantu mereka. Kesannya, ada agensi seperti agensi perekrutan yang mengambil kesempatan untuk membawa mereka yang ingin berimigrasi pergi ke Negara lain secara haram. Selepas itu, mereka diikat perjanjian, diugut dan dipaksa untuk bekerja sebagai buruh paksa tanpa gaji.
            Punca berlakunya pemerdagangan kedua yang kedua ialah permintaan buruh yang tinggi. Pihak sindiket akan mengambil peluang permintaan buruh tenaga dari sesebuah Negara untuk mendapat keuntungan yang banyak. Sindiket akan menyamar sebagai agensi pekerjaan dan membawa bayak buruh dating ke sesebuah Negara. Selepas sampai ke destinasi, mereka akan dijadikan dipaksa jadi buruh yang tidak dibayar gaji. Oleh itu, pihak sindiket mendapat banyak wang dan tenaga secara percuma.
            Di samping itu, pemerdagangan manusia akan berlaku kerena penguatkuasaan undang-undang terlalu lemah. Hali ini telah mengakibatkan masalah ini manjadi berleluasa. Pihak berkuasa harulah memberatkan hukuman tentang jenayah pemerdagangan ini. Hukuman juga harus dijatuhkan kepada pihak pekerjaan yang mengambil buruh daripada sindiket yang menjalani aktiviti pemerdagangan manusia. Kalau tiada hukuman yang berat kepada dalang sindiket ini, mereka akan lebih berani untuk melakukan aktiviti jenayah ini.
            Isu ini selalu berlaku di Negara yang memerlukan tenaga buruh yang tinggi seperti Malaysia, Vietnam, Thailand dan lain-lain.
            Isu pemerdagangan manusia akan member beberapa kesan kepada masyarakat dan Negara kita. Kesan yang pertama adalah mencemarkan imej Negara. Malaysia merupakan antara 16 negara yang paling buruk dalam menangani masalah ini. Hal ini akan menyebabkan Malaysia dianggap sebagai Negara yang menpunyai sistem pentadbiran yang lemah dan tidak menguatkuasakan  undang-undang.
            Kesan yang kedua ialah mengancam keselamatan dan keamanan Negara. Manusia yang selalu dijadikan mangsa seperti kanak-kanak dan wanita akan lebih berhati-hati semasa keluar dari rumah. Mereka selalu dijadikan kerana mereka boleh diperalatkan dalam
            Terdapat pelbagai langkah yang berkesan boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini, tetapi langkah ini harus betul-betul dapat membantu rakyat dan menegakkan keadilan. Seperti yang kita tahu, setiap Negara mempunyai akta dan undang-undang masing-masing. Negara boleh memperkenalkan dan memperketatkan undang untuk mengawal jenayah tersebut.Akta- akta yang terdapat di Negara Malaysia ialah Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 dan Akta Antipermerdagangan Orang 2007. Kalau tiada undang-undang untuk membasmi jenayah ini, pihak sindiket akan berani untuk mejalankan aktiviti jenayah ini dan membesarkan perdagangan mereka. Menurut HII HIE ING, Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran tahun 2007 yang dikuat kuasa pada 15 Nov 2010 perlulah diketatkan sebaik mungkin agar memberi keadilan dan perlindungan kepada mereka.
Langkah yang kedua adalah mengetat kemasukan pelancong asing. Negara kita mempunyai 262 pintu kemasukan. Walaupun pintu kemasukan Negara kita sanyat dipercayai, tetapi pintu kemasukan ini juga akan menyebabkan pertambahan jenayah ini. Selain itu, Kementerian Berkenaan harus bekerjasama dengan badan antarabangsa untuk menangani pelbagai jenayah yang disumbang oleh warga asing. Selain itu, pihak berkuasa juga boleh mengawal kemasukan warga asing dengan menggunakan Akta Imigresen. Akta ini dapat mengesan kemasukan haram. Dengan langkah ini, Negara kita dapat mengurangkan kejadian penyeludupan manusia.

Monday, 10 August 2015

Isu Penderaan Kanak-kanak



Penderaan Kanak-kanak

Penderaan dibahagikan kepada 4 jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosional, dan pengabaian kanak-kanak.
            Faktor penderaan kanak-kanak yang pertama ialah tekanan masalah ekonomi dan beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa. Ekonomi di Negara kita semakin merosot pad era globalisasi ini dan stress dari kerja menyebabkan ibu bapa yang perlu menyara ahli keluarga dan menampung pembelanjaan mereka menjadi panas baran. Mereka akan mudah untuk marah dan memerlukan sesuatu untuk melepaskan tekanan itu. Oleh itu, apabila anak-anak mereka nakal dan tidak mendengar nasihat mereka, mereka akan melepaskan stress pada badan anak-anak secara fizikal (pukul) tanpa had.
Faktor yang lain ialah kurangnya  didikan agama. Walaupun setiap keluarga dan ibu bapa ada mengamalkan agama masing-masing tetapi mereka tidak mengajarkan agama itu kepada anak-anak secara kukuh. Mereka haruslah mengajar anak-anak tentang agama mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang tidak mempunyai ajaran agaman yang kukuh dalam sanubari mereka biasanya akan menjadi lebih agresif dan melakukan perbuatan ganas. Dengan ajaran agama mereka akan lebih berpengetahuan dalam berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain. Mereka akan lebih bertolak ansur terhadap orang lain dan mengamalkan nilai-nilai yang murni. Selain itu, terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai penghayatan agama yang kuat. Hal ini akan menyebabkan mereka bertindak tidak  rasional dan sanggup mendera anak mereka. Sebagai ibu bapa yang matang, mereka haruslah berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang kukuh dan bukannya melepaskan geram terhadap mereka. Merka harus mencurahkan kasih sayang dan memberikan perhatian yang cukup terhadap anak-anak.
Penderaan kanak-kanak biasanya berlaku di dalam rumah dan dilakukan oleh ibu bapa anak-anak.  
Penderaan kanak-kanak telah meninggal banyak kesan kepada mangsa-mangsanya. Kesan yang pertama ialah gangguan perasaan. Mereka akan mengalami gangguan perasaan seperti malu, takut, rasa rendah diri, bersalah, rasa kekurangan, dan berbeza dengan orang lain. Selain itu, mereka juga sangat sensitif, orang lain sanyat mudah menyinggung perasaan mereka, mengalami stres , keliru, dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Mereka sangat mudah marah dan memendamkan pemarahan itu. Mereka juga akan menganggapkan diri mereka akan menyebabkan hubungan keluarga meretak.
            Kesan yang kedua adalah menghadapi masalah seksual. Usia mereka tidak memenuhi kematangan mereka. Oleh itu, mereka tidak akan menunjukkan minta terhadap perbuatan seks tetapi membencikannya. Mereka trend untuk menjadi diri sebagai peralatan seks dan terlibat dalam pelacuran. Semasa mereka melakukan perlakuan seks, mereka tidak akan mendapat kepuasan kerana kejadian silam yang menyebabkan jiwa mereka dihantui.
            Kesan yang ketiga ialah gangguan jiwa. Mereka akan mengalami fobia atau ketakutan dalam sesuatu keadaan seperti gelap. Mereka juga susah untuk berasa kecewa dan sentiasa mendera diri melalui menagih dadah, minum arak, dan mendera orang lain.
            Kesan yang seterusnya ialah masalah pembel. Kanak-kanak yang didera suka ponteng sekolah. Mereka selalu tidak belajar dengan baik. Oleh itu, mereka tidak dapat bercakap dengan fasih dan lancer. Mereka tidak dapat berkomunikasi baik dengan orang lain. Hal ini akan mengakibatkan mereka tidak mendapat pekerjaan dan menghadapi pengangguran.
            Kesan  yang berjangga pendek ialah kesakitan segera, masalah kesihatan, dan adanya yang lagi teruk ialah didera sampai mati.
            Masalah penderaan kanak-kanak dapat diatasi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak tidak harus bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka haruslah bersikap “jaga tepi kain orang” dengan mengetahui situasi sekeliling mereka. Oleh itu, mereka dapat menbendung kejadian penderaan kanak-kanak. Selain itu, mereka boleh mengambil tidakan pada masa yang terpantas selepas mengesan kejadian ini berlaku di sekeliling. Selain itu, masyarakat mestilah mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan dapat dikukuh sesame jiran. Hal ini dapat membanteras gejala ini berlaku secara tidak langsung. 

Monday, 3 August 2015

ISU GEJALA BOHSI



ISU GEJALA BOHSI
Istilah bohsia merujuk kepada perempuan bergaul atau melakukan hubungan seks dengan lelaki secara bebas. Gejala menjadi semakin serius di Malaysia kerana pengaruh media massa.
Tidak dapat dinafikan, pengaruh negatif media massa merupakan salah satu punca kepada gejala bohsia. Malalui media massa, remaja telah didedahkan kepada pelbagai unsur-unsur barat yang mengutamakan keseronokan dan mereka terikut-ikut unsur tersebut. Contohnya, golongan remaja kini dipengaruhi oleh budaya pergaulan bebas. Mereka menganggapkan budaya ini sebagai suatu perkembangan fesyen. Adanya remaja yang lagi matang telah melintasi garisan pergaulan bebas dan melakukan perhubungan seks secara rambang. Selain itu, terdapat filem-filem yang berunsur keganasan dan lucah yang tidak sesuai kepada remaja telah disiarkan. Remaja yang menontonnya bernafsu untuk mencuba perbuatan filem-filem tersebut. Akhirnya, mereka terlibat kedalam lembah maksiat.
Faktor lain yang menyumbang kepada gejala bohsia ialah masalah keluarga. Banyak ibu bapa yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan anak-anak mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menggunakan sedikit masa untuk mencurahkan kasih saying mereka kepada anak. Akibatnya, anak-anak akan mengalami ketandusan kasih sayang. Selain itu, golongan remaja juga akan mengalami tekana daripada krisis keluarga seperti penceraian, pergaduhan, dan masalah kewangan. Kesanya,mereka yang hidup dalam keluarga porak peranda akan sanyat mendahagakan kasih sayang. Mereka akan cuba untuk mendapatkan kasih sayang daripada pihak luar seperti kekasih. Hal ini telah mendorong mereka terlibat dengan pergaulan bebas.
Sesetengah lelaki yang tidak bertanggungjawab juga mengakibatkan masalah bohsia. Lelaki macam ini akan menggunakan teknik-teknik dan perkataan yang manis untuk memikat teman perempuan. Lelaki begini akan menuntut teman perempuan mereka memenuhi nafsu mereka dengan janji mereka akan bertanggungjawab jika mereka sudah hamil. Realitinya, mereka akan melepaskan diri daripada tanggungjawab selepas perempuan hamil. Ada lagi kes yang lebih serius iaitu lelaki membawa teman perempuan mereka ke pusat hiburan malam. Di situlah banyak jenayah berlaku, sebagai contoh, persembahan tarian yang mengghairahkan dan pengambilan arak atau pil khayal. Wanita yang hilang kawalan akan melakukan perhubungan seks dengan lelaki yang dengan bebas.
Terdapat pelabagai kesan yang negatif kepada gejala bosiah. Antaranya ialah kelahiran anak luar nikah. Dalam proses pergaulan bebas, mereka mudah hamil dan mendapat anak yang tiada ayah. Adaya orang yang kejam akan mengambil langkah untuk mengugurkan anak mereka untuk mengelakkan diketahui oleh umum. Marcapada, perkara yang dikejutkan ialah golongan remaja merupakan golongan terbanyak untuk mengugurkan anak. Kebanyakkan mereka terlibat dengan gejala bohsia.Selain itu, gejala bohsia juga telah mencetuskan kes pembuangan bayi. Hal ini disebabkan terdapat bayi yang tidak diingini oleh ibu bapa akibat kgiatan seks bebas dan bohsia ibu bapa mereka. Ibu bapa takut diejek dan dicaci oleh umum dan mahu menyembunyikan perbuatan maksiat mereka. Oleh itu, mereka menbuang bayi selepas melahirkannya.
Kesan yang lain ialah perempuan yang terlibat dalam gejala bohsia mudah terjebak dalam pelancuran. Hal ini berlaku kerana sumber pendapatan menjadi pelacur yang lumayan. Biasanya, mereka yang terlibat dalam jenayah ini tidapk berpendidikan tinggi dan tidak ada peluang pekerjaan yang menpunyai hasil yang lumayan. Oleh itu, mereka akan tertarik kepada sektor pelacuran yang menguntungkan lagi boleh mendapat keseronokan.
Masyarakat yang melakukan seks secara rambang dengan gadis bohsia juga mudah menjangkiti penyakit. Gadis bohsia akan mudah merebak penyakit seks seperti kelamin, AIDS, dan HIV dan lelaki mudah manghidap penyakit-penyakit tersebut. Hali ini disebabkan mereka selalu bertukar-tukar pasangan dengan gadis bohsia yang lain. Kesannya, penyakit ini mungkin akan mengakibatkan kematian dan merebak kepada orang lain.
Gejala bohsia biasanya berlaku di pusat hiburan malam.
Kita boleh menangani masalah bohsia dengan mengawal media massa. Contohnya, filem-filem luar Negara yang berskala besar haruslah diklasifikasikan oleh kerajaan dan diteruskan. Filem jenis 18 SX dan 18 SG patut dilarang untuk ditayang kepada remaja yang bawah umur 18. Kerajaan juga boleh mengambil langkah untuk menapis adegen-adegen lucah dalam filem. Usaha untuk membanteras jenayah bohsia harus dipergiatkan supaya fikiran remaja tidak diracuni.
Di samping itu, bantuan yang diberikan kepada perempuan yang terlibat dalam gejala bohsia juga mementingkan. Kaunseling, perlindungan, dan bimbingan perlu dibekalkan kepada gadis yang terlbat. Penghinaan dan cacian masyarakat hanya akan menburukkan keadaan ini dan bukan menyelesaikannya. Gadis-gadis bohsia perlu dihantar ke pusat pemulihan untuk menerima rawatan pemulihan akhlak. Pendidikan moral dan agama perlu diterapkan ke sanubari mereka supaya mereka sedar dan insaf terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Dengan langkah ini, mereka akan menjauhkan diri daripada gejala bohsia.