Isu Kegiatan Cetak Rompak
Salah satu faktor yang menyebabkan
kegiatan cetak rompak bermaharajalela di Negara kita ialah harga barangan tulen
lebih jauh mahal berbanding dengan harga produk dan barangan cetak rompak. Mereka
yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak hanya memerlukan kos dalam
pengeluaran barangan cetak rompak seperti VCD,
CD, perisian komputer dan sebagainya dan tidak perlu membayar bayaran royalti
kepada pengeluar asal barangan tersebut. Barangan cetak rompak dapat di jual
dengan harga yang murah apabila kos yang diperlukan untuk pengeluaran mereka
rendah. Sebagai contoh, pengguna dapat membeli satu CD cetak rompak dengan
harga RM6 sahaja yang murah beberapa kali ganda daripada CD asli dan kandunagn
mereka langsung tiada perbezaan. Golongan berpendapatan rendah ini akan
mengambil peluang ini untuk membelinya. Pelajar yang belum bekerja juga
mempunyai kemampuan untuk membeli barangan cetak rompak apatah lagi bagi remaja
yang mempunyai minat yang penuh untuk menikmati drama dan muzik. Mereka sanggup
membeli CD cetak rompak tanpa membazirkan wang yang lebih untuk membeli CD yang
asli.
Faktor yang lain ialah penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka. Hal ini telah
menyebabkan jenayah cetak rompak tidak dapat dibanteras secara sepenuhnya.
Biasanya, penjualan barangan cetak rompak dijalankan di tempat yang awam
seperti pasar malam. Hal ini menjadikan aktiviti jual beli barangan cetak rompak diantara
pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini mudah. Apabila
kondisi ini berlaku, ramai orang akan bertindak membeli barangan cetak rompak
daripada barangan asli. Hal in berlaku disebabkan barangan cetak rompak mudah
didapati dan harganya juga murah. Selain itu, terdapatnya penjual cetak rompak
yang sanyat berkemahiran dalam memujuk pelanggan untuk membeli barangan mereka.
Hal ini menyebabkan kegiatan ini bertambah dan tahap kesedaran para pengguna
yang rendah mengenai hal-hal berkaitan harta intelek.
Gejala cetak rompak biasanya dijalankan di pasar malam dan
kaki lima.
Kegiatan cetak juga didorong oleh teknologi yang canggih.
Pihak yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak dapat menghasilkan barangan
tiruan yang sama kualiti dengan barangan asli dengan teknologi tang tinggi.
Contohnya, mesin cetak yang dicipta dapat mengeluarkan CD dan DVD cetak rompak
dengan mudah. Pengguna komputer yang memerlukan perisian-perisian tertentu
dapat membeli perisian cetak rompak itu dengan harga yang murah dengan
menggunakan teknologi tinggi komputer. Rangkaian internet boleh menjadi medium
penyebaran produk cetak rompak dengan menggunakan teknologi komputer secara
salah. Contohnya, Pengguna hanya perlu memuat turun filem dan muzik dari
internet dan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli filem dan album asli.
Di samping itu, pihak berkuasa akan susah untuk mengesan pengedar barangan
cetak rompak kerana mereka menggunakan alat telekomunikasi yang canggih seperti
telefon mudah alih.
Kesan
yang perdana adalah menyebabkan ekonomi Negara merosot. Hal ini berlaku kerana
cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan
ini tidak dapat dikutip dengan sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan barangan
produk yang sah mengalami kerugian kerana jualannya yang merosot. Oleh itu,
pengeluar- pengeluar tidak dapat menangung beban cukai yang tinggi dan ekonomi
Negara akan merosot secara tidak langsung. Sebaliknya, syarikat cetak rompak
bersikap mementingkan diri. Mereka hanya mementingkan keuntungan sendiri dan
mengabaikan implikasi buruknya.
Industri perhiburan di Negara kita
akan diganggu akibat daripada kegiatan cetak rompak. Hal ini berlaku disebabkan
berlakunya cetak rompak CD dan DVD album-album artis yang terkenal. Bahan-bahan
yang disebarkan di internet ini kalau diambil oleh orang lain tanpa kebenaran
pengeluar yang sah akan mengakibatkan masalah ini berlaku. Penjualan album altis-altis itu akan merosot dari tahun ke
tahun. Kesannya, industri hiburan di Negara kita tidak diberikan keyakinan oleh
pelabur luar Negara dan pengeluar luar Negara juga tidak mempunyai minat untuk
menempatkan hasil pengeluar mereka di Negara ini.
Walau
bagaimanapun, terdapat cara yang berkesan untuk menangani masalah cetak rompak.
Salah satu cara ialah menguatkuasakan undang-undang. Kalau kita lihat daripada
aspek akta, akta
Hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda supaya penjenayah
cetak rompak tidak dapat lari daripada hukuman yang setimpal. Mereka akan lebih
takut untuk menjalankan aktiviti ini dengan melaksanakan cara tersebut. Selain
itu, hal ini akan memberikan pengajaran kepada mereka yang ditangkap.
Langkah lain yang efektif ialah
membina pusat percetakan di dalam negara kita. Dengan pembinaan pusat
percetakan sendiri, kita dapat mencetak barangan seperti CD dan DVD dengan
murah dan dijual dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.
Harga yang berpatutan mesti dapat menarik perhatian dan menggalakkan pengguna
untuk membeli barangan yang tulen dan asli. Walaupun perniagaan ini mungkin
tidak mendapat keuntungan yang banyak, tetapi dalam masa yang lebih panjang,
langkah ini tidak akan mengalami kerugian. Hal ini berlaku kerana menpunyai
jumlah penjualan yang stabil dan cukup dan keuntungan akan meningkat serta
mengurangkan aktiviti ini berlaku pada masa yang sama.
Untuk menangani masalah cetak
rompak, perubahan sikap masyarakat tidak dapat dikurangkan. Tindakan menyekat
cetak rompak akan menjadi lebih berefektif kalau wujudnya kesedaran dalam
kalangan masyarakat khususnya kalangan anggota penguat kuasa. Suapan dan rasuah akan tidak
dapat mengubah fikiran dan hati mereka kalau mereka menpunyai kesedaran tanggungjawab
mereka dan amalan amanah. Kempen kesedaran patut diadakan untuk meningkatkan
kualiti anggota kerja dan memantapkan system pentadbiran. Dengan kempen
tersebut, kajadian cetak rompak mesti dapat diminimumkan.